Tuesday 26 November 2013

Resdung : Golongan Berisiko.

MUNGKINKAH ANDA SALAH SATU INDIVIDU BERISIKO seperti di bawah:

  1. Alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung tersumbat
  2. Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  3. Mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 


KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

  • Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan 
  • Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
  • Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 


Penjagaan Diri

  1. Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam. 
  2. Menyedut Balm Resdung Madinatul Asrar adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar. 
  3. Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
  4. Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
  5. Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
  6. Berehatlah secukupnya. 
  7. Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
Shaklee boleh menyelesaikan masalah Resdung atau hidung sempit dan berair macam paip rosak ini. Jom tengok :

Anda perlukan khidmat nasihat percuma dan jadual pemakanan, hubungi Syaz.

Syazila (0197773099)
zikriwellness@gmail.com

I am your Shaklee Independent Distributor!

0 comments:

Post a Comment