Monday 1 December 2014

Pengambilan vitamin C yang mengandungi bioflavonoids membantu masalah gusi berdarah


Mengapakah gusi saya mula berdarah?


Gusi berdarah dan hidung berdarah adalah perkara biasa ketika hamil. Hormon yang mengalir dalam sistem untuk mengekalkan kehamilan turut memberi kesan kepada seluruh badan anda. Hormon kehamilan memberi kesan kepada tisu-tisu badan anda dan lapisan lembap pada mulut dan hidung. Jumlah darah yang mengalir dalam sistem juga bertambah. Apabila kedua-dua situasi ini berlaku, ia menyebabkan pendarahan daripada salur darah kecil (kapilari) pada mulut dan hidung anda.


Pengambilan vitamin C yang mengandungi bioflavonoids amat membantu. Ia boleh mengurangkan pendarahan gusi kerana vitamin tambahan membantu menguatkan dinding kapilari. Jumlah pengambilan vitamin C yang disarankan untuk wanita hamil adalah 50mg sehari. Namun, lebih baik jika anda dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin ataupun mineral tambahan. 

Plak (tahi gigi), lapisan air liur, bakteria dan makanan yang menyaluti gigi anda di antara waktu memberus gigi boleh menyebabkan pendarahan gusi bertambah teruk. Memberus gigi dengan kerap boleh mengurangkan pembentukan plak. Anda juga disarankan supaya menggunakan flos gigi atau memberus menggunakan berus gigi yang kecil (interdental) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah-celah gigi anda. 



Baik juga jika anda berjumpa doktor gigi bagi memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan gusi anda berdarah. Anda boleh mendapatkan rawatan gigi secara percuma atau dengan kos yang paling minimum daripada hospital kerajaan dan klinik-klinik pergigian. 


Sumber : http://www.babycenter.com.my/x542251/why-have-my-gums-started-to-bleed-now-that-im-pregnant

Disember 2014 Bulan Promosi Vitamin C Shaklee, boleh beli lebih sikit untuk kegunaan seisi keluarga.

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com