Wednesday, 8 April 2015

Saya Ibu Menyusu Yang Awesome!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Apa Khabar anda semua pembaca Blog?

Hari ini Syaz nak berkongsi dengan anda semua tentang perjalanan penyusuan Susu Ibu Ammar Zhafran. Siapa pula Ammar Zhafran ni? Ammar Zhafran anak kedua Syaz yang setakat harini alhamdulillah masih menyusu susu ibu secara eksklusif. 

Syaz belanja sikit gambar Ammar Zhafran.



Lahir 2.7 kg. Alhamdulillah sehingga 3 bulan berat mencapai 5.8 kg.

Gambar dibawah adalah perkongsian Syaz di FB selepas seminggu berpantang. Jumlah EBM yang Syaz kumpul adalah 102oz.

Pada ketika itu ia agak membimbangkan Syaz kerana sudah 1/4 ruang simpanan dipenuhi dengan susu. Kami berdoa agar Allah kurniakan lebih rezeki supaya kami mampu membeli sebuah deep freezer bagi menyimpan titisan emas ini. Alham dulillah, dua minggu berpantang, deep freezer pon sampai dirumah.



Gambar dibawah pula adalah gambar selepas 3 bulan. Nampaknya walaupun telah mengurangkan jumlah sesi pam, susu masih penuh. Sebenarnya stok lama telah digunakan dan stok baru mengganti stok lama. Tertera pada plastik simpanan, tarikh susu adalah 8/4. 


Alhamdulillah susu untuk Ammar Allah izinkan dengan rezeki yang banyak.

Ramai juga bertanya apa rahsia Syaz. Apa Tips yang Syaz boleh kongsikan. Kalau nak dikira, memang banyak sangat yang Syaz lakukan. Apa pon, Syaz mulai dengan Doa sepanjang mengandungkan Zhafran. Syaz doa agar susu banyak. Syaz nak susukan dia dengan susu ibu. Jadi ibu-ibu semua, ingat apa pon hajat dihati, mulakan dengan Doa.

Apa nak buat selepas doa? Carilah ilmu penyusuan susu ibu sebanyak yang boleh. Membaca dengan banyaknya. Jika tengah malam rasa tak boleh tidur, luangkan masa untuk membaca. Ilmu penyusuan susu ibu ini Syaz bukan orangnya untuk bercerita panjang mengenainya.

Pemakanan yang Syaz nak tekankan. Ibu menyusu harus makan nasi. Jangan skip nasi. Syaz sewaktu dalam pantang makan nasi sehari 2 kali walaupun sebenarnya syaz memang tak suka sangat nak makan nasi. Rasa muak tak tahu nak kata macam mana. Tetapi selagi mampu makan, sila lah makan. Gemuk?  Tidak, Alhamdulillah Syaz tak gemuk walau makan nasi 2 kali sehari. Jaga kuantiti, itu yang penting.

Selain daripada itu Syaz juga mengamalkan minum Air Kopi. Yes! Anda tidak silap baca. Syaz minum air kopi sekali sehari. Selain kopi Syaz makan oat yang super duper cair. Buat macam minum nestum tu. Paling penting Syaz tak minum MILO. Bagi Syaz minuman itu kosong tiada apa khasiatnya kepada Syaz yang menyusukan anak. Susu kambing pon Syaz minum jika terasa nak minum susu. Susu lembu lagilah Syaz minum :)

Supplement?

Ya, itu yang paling banyak Syaz ambil sepanjang menyusukan Ammar Zhafran.

Biasakan orang kaitkan Susu = Kalsium, Manakala Kalsium = Susu.

Susu ibu mengandungi 40% kalsium. Dari mana datangnya kalsium yang banyak tu? Tentulah daripada badan si ibu sendiri. Sebab itu, ibu yang menyusukan perlu ambil kalsium tambahan. Syaz kalau cuai makan kalsium (sebab kalsium ni makannya malam, kadang dah tertidur), tak perlu lama, cukup 2 malam skip makan kalsium, penangannya SAKIT GIGI. Tahu kan sakit gigi tu sakitnya macam mana? Sampai sakit kepala jadinya. Oleh itu, Syaz memang tidak boleh skip Ostematrix daripada Shaklee ini setiap malam. INGAT, JAGA DIRI SENDIRI BARU KITA BOLEH JAGA ORANG LAIN.

Suplement kedua yang Syaz tak boleh tinggal adalah Lecithin.

Lecithin sememangnya terbukti berkesan untuk menghilangkan bengkak susu. Syaz sendiri telah melalui kelegaan daripada kesakitan selepas mengambil lecithin dengan cara makan dan dos yang betul. Selain mengurangkan bengkak susu, lecithin juga membantu memecahkan lemak yang dikumpul dibadan sekian lama :) Badan Syaz memang akan berpeluh-peluh lepas makan lecithin Shaklee ni. Lecithin juga membantu menajamkan minda anda! Best kan? 1 Produk 3 khasiat utama.
Menyusukan bayi, tetapi tetap boleh mendapatkan saiz badan idaman, kan ke "awesome" tu.


Apa lagi yang membuatkan ibu menyusu "awesome"?

Tentulah vitamin B-Complex dan Vitamin C.

B-complex dan Vitamin C ini jika digabungkan pengambilannya akan membuatkan kulit anda cantik.
Paling utama, B-Complex mengelakkan anda daripada sakit kepala. Biasa kan ibu menyusu kalau kurang tidur sakit kepala? Sakit kepala boleh mengakibatkan stress, kurang tenaga. B-Complex juga membantu menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Sebab tu ambil nasi pon tak gemuk. Karbohidrat pada nasi ditukarkan kepada tenaga.


Akhir sekali yang membuatkan ibu menyusu awesome adalah pengambilan zinc. Zinc ini bukan sahaja membantu penyembuhan luka dengan cepat, malah membantu menguatkan rambut, mengelakkan rambut anda cepat gugur. Jangan salahkan anak main air liur, rambut gugur. Kesian dia. Jom baca testimoni

Alhamdulillah Syaz sudah pon berkongsi dengan anda semua amalan Syaz sepanjang menyusukan Ammar Zhafran. Adalah Syaz makan supplement lain seperti Omega, tapi bagi Syaz yang ini basic yang perlu anda ambil berat. Kadang Syaz tengok, orang suka ambil alfalfa sahaja. Mereka fokus pada kualiti susu. Bagi Syaz, utamakan penyembuhan badan dahulu, cukupkan khasiat, sihatkan badan, bagi emosi anda baik, In Shaa Allah susu itu akan mengalir dengan banyaknya.

Bagi yang nak dapatkan Ostematrix, lecithin, B-Complex, Vitamin C serta Zinc untuk ibu menyusu sekali dengan jadual pemakanan serta tips hebat daripada Syaz, terus hubungi Syaz. Sebab setiap pelanggan Syaz, adalah tanggungjawab Syaz. Sedaya Syaz, Syaz akan bantu anda dengan Syarat anda memang hendak dibantu.

Love,
Pilih Konsultan yang terbukti Berjaya.
Syazila, Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

0 comments:

Post a Comment