Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Waktu berpantang selepas bersalinankan Keisha, lauk Syaz makan memang banyak bawang putih, walaupon ada orang kata makan bawang putih bau busuk, tapi Syaz Ok je. Kalau makan ikan haruan tu letak bawang putih lebih memang best! Dikatakan bawang putih mampu membuang angin. Angin yang banyak dalam badan boleh buat badan rasa berbisa.
Boleh baca 40 manfaat bwang putih dari sini.
Berbalik kepada Garlic Shaklee, apa keistimewaan Garlic Complex ni yang membuatkan para pengguna cepat tertawan?
Kelebihan Garlic Shaklee
Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.
Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
- Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein
- Menurunkan tekanan darah
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
- Berfungsi sebagai anti-oksidan
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
- Bantu rawat asthma
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
- Pengekalan 100% Allicin aktif
- Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
- Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
- Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
- Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
- Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
- Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
- Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
- Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
- Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
- Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
- Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
- Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
- Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
- Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
- Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
- Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
sistem air kencing
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.
** NOTA :
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. Pembentukan nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4] Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam.
sumber:en.wikipedia.org
0 comments:
Post a Comment