Saturday 30 November 2013

Kepentingan Omega Guard untuk kanak-kanak : Asthma

Omega Guard Shaklee Atasi Asthma Kanak-Kanak.

Mengikut petua orang tua-tua ikan belut bagus untuk merawat asthma. Jika dahulu masih ramai yang sanggup menyiang ikan belut. Saya sendiri tidak sanggup.

Cara lain untuk mengurangkan asthma kanak-kanak dan juga mengurangkan kebergantungan asthma inhaler adalah dengan mengambil minyak omega 3 secara konsisten.

AWAS! Jangan sebarang membeli dan ambil mudah sahaja, minyak ikan mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan lain-lain tambahan omega 3 yang dihasilkan dari hari ikan mengandungi toksik berbahaya.



Runsing mahu pilih minyak ikan yang selamat untuk merawat asthma anak anda?

Omega Guard Shaklee adalah omega 3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak omega 3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

Harga Runcit sebotol Omega Guard (90bj)
Sem Malaysia - RM 136
Sabah dan Sarawak -RM140.00
PROMOSI sehingga 31 Disember 2013 - RMxx.xx sahaja (email us : zikriwellness@gmail.com)

Sebiji Omega Guard berharga RM1.50 (Harga biasa). Sangat berbaloi dengan wang yang anda laburkan dengan kualiti omega 3 yang tinggi dan bebas bahan kimia berbahaya.

Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun hingga 4 tahun hanya sebiji kapsul seminggu diperlukan. Jadi anda tidak perlu runsing lagi.

Jika anda boleh membeli baju berjenama untuk anak anda, anda juga patut pentingkan kualiti kesihatan anak anda. 

Resepi ESP Pilihan Hati Saya kini bukan rahsia

Alhamdulillah hari ini berpeluang berkongsi resepi dengan anda semua.

ESP adalah energizing soy protein. Syaz tidak berhajat untuk bercerita panjang tentang ESP. Cukuplah Syaz cakap, ESP adalah Shaklee Killer Product. Boleh diminum oleh wanita mahupun lelaki, tua atau muda. Boleh diminum samada sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau sebelum tidur.

Harini Syaz nak kongsikan asas bancuhan ESP terutama bagi yang baru sahaja beli ESP.

Cara bancuh ESP paling mudah?

  1. Isikan Segelas air suam atau sejuk [Elak gunakan air panas!] kedalam Shaker (Dapatkan Shaker PERCUMA daripada Syaz dengan pembelian ESP)
  2. Masukkan 1 atau 2 sudu ESP kedalam Shaker yang telah diisi air tadi. [1 atau 2 sudu sebab mengikut tahap kepekatan yang anda suka] Maksimum 3 sudu ESP sehari ya


Terus terang, ini adalah bancuhan paling syaz suka minum di awal pagi. Selain daripada itu Syaz juga suka :
- ESP 1 Sudu + 1 atau 2 sudu Cinch Shake Latte
- ESP 1 Sudu + Jus Manggo (ini paling syok kalau minum waktu malam sebelum tidur)
- ESP 1 Sudu + Performance Drink Shaklee [rasa orange susu]

Selain daripada itu, Syaz kalau terlebih rajin, suka;

- ESP + Buah Kurma (buang bijinya ye) [yang ini perlu pakai blander]

Resepi lain yang turut menjadi pilihan pelanggan dan penggemar ESP :


- ESP + Air Soya [rasa sensasi double soy]


- ESP + Fresh Milk

- ESP + Fresh Milk + Buah Kurma [Tips, rendam buah kurma sebelum kita blend, juga boleh tambah almond untuk kasi lebih lemak]

- ESP + Ribena [boleh kongsi dengan anak-anak kita]


- ESP + Milo

- ESP + Jush Buah pilihan anda (again, Syaz suka Manggo jus)

- ESP + fresh milk + oat + serbuk koko + madu (ini resipi Prof Muhaya)

**NOTA
Jenama tiada kaitan, anda bebas memilih jenama pilihan hati anda :) ESP hanya dari Shaklee.

Anda boleh kongsikan di ruangan komen resepi ESP kegamaran anda :)

ESP ini sesuai untuk seisi keluarga ;

1. Orang yang ingin kekal sihat.
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat
9. Juga untuk memudarkan kesan jerawat yang hitam (serius, minum ESP, tiada lagi kesan hitam akibat jerawat)
10. Menguatkan rambut bagi wanita dan lelaki.

Banyak lagi kegunaan ESP, Boleh baca di sini.

Ingat, dapatkan Shaker secara PERCUMA jika anda membeli ESP daripada Syaz. Untuk Order boleh email ke zikriwellness@gmail.com.


Menjejaki Disember 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah selesai Closing November. 1-2 Disember Shaklee close for stock count.

Sebelum ini Syaz sudah pun merancang untuk perjalanan Disember bagi organisasi Syaz. Semoga semua perancangan tersebut diberkati Allah dan mendapat perkenanNya jika ianya baik untuk kami semua.

Sekali lagi Syaz maklumkan yang Syaz menyertai Shaklee pada Mac tahun ini. Niat untuk makan Shaklee semula selepas meninggalkannya sebelum ini. Setiap bulan adalah berpeluang menjana pendapatan 2 hingga 3 angka. Suatu hari, rakan Syaz cakap sesuatu "Akak tengok Syaz boleh jalan dengan Shaklee". begitulah ayat lebih kurangnya. Syaz terkejut. Sebab Syaz sendiri seperti tiada harapan apa dengan Shaklee.

Oleh sebab itu, Syaz berusaha untuk cuba berjaya dengan Shaklee. Didorong dengan sokongan upline alhamdulillah, perkara yang pada awalnya Syaz takut rupanya tiada apa pon. Sekarang giliran Syaz untuk hasilkan "leader" di dalam organisasi Syaz.

Apa yang Syaz fikir, "ini oraganisasi saya, saya yang perlu jaga, saya yang perlu hasilkan leader dan saya perlu bagi semangat pada mereka. saya perlu tunjuk bagaimana ia perlu dilakukan".

Sesungguhnya tahun 2013 merupakan tahun yang banyak Syaz buat benda buat pertama kalinya.
- Berkenalan dengan ramai orang.
- Buka booth (berhubung dengan organiser, melawat tapak, urusan stok dan promosi, penyediaan bahan, urusan pameran dan jualan, tutup kedai, pengiraan duit dan sebagainya) --> tiba-tiba diri ini macam kuat sangat, macam tiada perasaan malu. Padahal Syaz ni orangnya takut nak jumpa orang, cerita pasa produk dan sebagainya.
- Coaching anak Shaklee

dan pelbagai lagi.

Syaz buat ini semua dengan ilmu. Beberapa siri Program ilmu syaz pergi samada sendirian atau bersama suami. Program-program ilmu ini Syaz bukan sahaja sedut ilmu, tetapi berjumpa dengan rakan-rakan baru yang positif. Syaz mengatasi TAKUT yang tak tentu fasal. MALU yang tak tentu fasal. Alhamdulillah berkat Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal, semuanya menampakkan hasil.

Cabaran bagi Syaz sekarang adalah untuk kekalkan dan perbanyakkan lagi pendapatan melalui Shaklee. Syaz berazam nak bawa semua anak cucu cicit ke pentas kejayaan. Semoga berhasil.

Closing November dengan effective Sr Supervisor dan anak Shaklee Effective Supervisor. Alhamdulillah selain bonus, Syaz dapat Power up Cash! Alhamdulillah.

Bonus memanglah bonus, tetapi dapat bantu selesaikan masalah orang lagi-lagi orang yang terdekat dengan kita adalah satu pemberian yang terindah. Sentiasa tanam azam nak mengubah hidup sendiri dan orang lain, menambah nilai hidup sendiri dan orang lain, In Shaa Allah jalannya terbentang luas.

Friday 29 November 2013

Testimoni Herblax Shaklee



Assalamualaikum. Hari ini sibuk sangat. Hari-hari terakhir sebelum closing memang begini. Sambil itu sibuk dengan urusan Dan tanggung jawab lain.

Jadi Syaz cuma nak kongsikan testimoni Herblax Shaklee yang telah membantu ramai orang buang toksin Dan juga turunkan saiz badan.

Jom tengok apa kata mereka tentang Herblax Shaklee!





Seronok baca Kisah kejayaan orang. Jika anda berhajat mahu kempiskan perut, singkirkan toksin, kurang kan berat badan, boleh dapatkan kombo Lechitin Dan Herblax pada Harga di bawah RM100.

Email kepada : zikriwellness@gmail.com Atau Whatsapp 0197773099 (Syaz)


I am your Shaklee Independent Distributor!

Wednesday 27 November 2013

Kelebihan Garlic Sebagai Antibiotik

Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Waktu berpantang selepas bersalinankan Keisha, lauk Syaz makan memang banyak bawang putih, walaupon ada orang kata makan bawang putih bau busuk, tapi Syaz Ok je. Kalau makan ikan haruan tu letak bawang putih lebih memang best! Dikatakan bawang putih mampu membuang angin. Angin yang banyak dalam badan boleh buat badan rasa berbisa.

Boleh baca 40 manfaat bwang putih dari sini.

Berbalik kepada Garlic Shaklee, apa keistimewaan Garlic Complex ni yang membuatkan para pengguna cepat tertawan?


Kelebihan Garlic Shaklee
Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

  1. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  2. Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  3. Menurunkan tekanan darah
  4. Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  5. Berfungsi sebagai anti-oksidan
  6. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  7. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  8. Bantu rawat asthma

                                                                   
                                                                             
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
  1. Pengekalan 100% Allicin aktif
  2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan Spearmint.
  4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.



Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
    Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)

       - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, 
        sistem air kencing
     
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

** NOTA :
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan  dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. Pembentukan  nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4] Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam. 
sumber:en.wikipedia.org

Tuesday 26 November 2013

Resdung : Golongan Berisiko.

MUNGKINKAH ANDA SALAH SATU INDIVIDU BERISIKO seperti di bawah:

  1. Alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung tersumbat
  2. Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  3. Mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 


KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

  • Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan 
  • Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
  • Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 


Penjagaan Diri

  1. Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam. 
  2. Menyedut Balm Resdung Madinatul Asrar adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar. 
  3. Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
  4. Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
  5. Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
  6. Berehatlah secukupnya. 
  7. Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
Shaklee boleh menyelesaikan masalah Resdung atau hidung sempit dan berair macam paip rosak ini. Jom tengok :

Anda perlukan khidmat nasihat percuma dan jadual pemakanan, hubungi Syaz.

Syazila (0197773099)
zikriwellness@gmail.com

I am your Shaklee Independent Distributor!

5 Sebab Mengapa Wanita perlu GLA Shaklee

Assalamualaikum.

Hari ini ternampak status seorang rakan yang pernah bertanya tentang set kesuburan daripada Syaz. Status dia begini "GLA atau ***"
*** adalah mewakili satu produk lain (bukan shaklee)

Jadi Syaz terdetik nak kongsikan 5 sebab Mengapa Wanita perlu GLA.


PERTAMA

GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil
Walau bagaimanapun, perlu ingat, kita insan hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan rezeki. Alhamdulillah. Setakat harini, telah banyak testimoni yang berjaya hamil dengan pengambilan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.

Terbaik, amalkan GLA Complex bersama Alfafa, ESP dan Zinc + Vitamin E untuk suami.


KEDUA

GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
Di antara masalah paling rapat dengan wanita semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Selain daripada itu sakit kepala. Salah satu sebab mengapa sesetengah wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.

Disyorkan mengambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex. Bcomlex dan Ostematrix dapat mengurangkan tekanan dan sakit kepala.

KETIGA

GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah
Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.

Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.

KEEMPAT

GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung
GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.
  
Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.
  
KELIMA

GLA Complex Untuk Awet Muda
Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? 
Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dan sebagainya. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
  
Bagi kesan paling optimum, amalkan GLA Complex bersama tonik ajaib Shaklee iaitu Vivix.

Dah baca 5 sebab mengapa wanita perlukan GLA Shaklee?


Sekarang anda tentukan samada anda perlu atau tidak. Jika anda rasa tidak sabar nak dapatkan GLA, boleh terus hubungi Syaz di 0197773099 atau email zikriwellness@gmail.com.

I am your Shaklee Independent Distributor!

Alhamdulillah lega sangat apabila dapat kongsikan perkara ini, secara tidak langsung anda tahu kebaikan GLA.

Monday 25 November 2013

Kecutkan Kewujudan Cyst dan Fibroid Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Syaz nak Kongsikan bersama teman-teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya tahu tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak terlalu kerap Syaz mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan-rakan. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST?
Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.



Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.



APAKAH PUNCA FIBROID
Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.



Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.
Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.
Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.
Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.credit

CADANGAN VITAMIN



Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. 

Selain produk ini pelbagai produk menarik patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi, boleh hubungi syaz ok :)

Testimoni

To order :
Email to : zikriwellness@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0197773099

Kindly Email/PM for Price List & Customize quantity product.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jadual pengambilan Shaklee dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan Syaz, Syaz akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum ya untuk cara pengambilan secara terperinci Syaz akan berikan pada pelanggan Syaz.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.


Selain itu, anda perlu baca entry berikut untuk mengetahui cara mengoptimumkan pengambilan vitamin


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketahui cara untuk optimumkan kesan vitamin dan mineral

Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamn dan multimineral? Di sini ada jawapannya.

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga membantu dalam penyerapan kromium.

Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.

Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.

Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsiumuntuk meningkatkan kekuatan tulang.

Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.

Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.

Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .

Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.

Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.

Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.

Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.

Kredit : Vitamin Semulajadi

Monday 11 November 2013

Kelebihan ESP untuk kesihatan dan kecantikan (Energizing Soy Protein )

Kelebihan ESP untuk kesihatan dan kecantikan 

Adakah anda mengalami simptom2 berikut : 
1. Kulit wajah yang kusam? 
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam? 
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan? 
4. Rambut sering gugur? 
5. Lemah dan tidak bertenaga? 

Tahukah anda ia antara punca kekurangan protein? 

Risiko Kekurangan Protein (umumnya): 
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
3. Liver (penyakit hati) 
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi) 
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 1
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
12. Irritability (Badan menggeletar) 
13. Fatigue (Letih lesu) 
14. Weakness (Lemah) 
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Jadi apa kata, cuba ini harini. Energizing Soy Protein 





Fakta ringkas ESP: 
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. 

ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi. 
ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. 
ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. 

Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Nor Syazila
Shaklee ID : 928401
Whatsapp : 0197773099
Email : zikriwellness@gmail.com
COD : Bandaraya Johor Bahru dan Kempas
Postage : Via Poslaju atau Skynet (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Siapa perlu Vitamin C sustained release

Assalamualaikum. Selepas info Kelebihan Vitamin C Shaklee didedahkan, kalini Syaz nak kongsikan "Siapakah yang memerlukan Vitamin C"
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan memusnahkan vitamin C dalam badan, 
  • Orang yang mengambil pil perancang kerana pil perancang juga akan menyerap vitamin C dan akibatnya vitamin C akan cepat musnah dalam badan.
  • Orang yang inginkan kulit cantik atau yang menghadapi masalah kulit berjerawat atau eczema memerlukan vitamin C utk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit
  • Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik kerana vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan.
Vitamin C merupakan vitamin yang boleh diambil oleh semua peringkat umur kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Hari ini Syaz kongsikan Antara pengalaman Syaz sendiri serta pengguna Vitamin C sustained release yang lain :



Pengalaman Syaz : resdung dan alahan Syaz Alhamdulillah dapat di kawal dengan sangat baik, selsema yang teruk dipagi hari kini tiada lagi. Syaz juga mengambil alfalfa dan bcomplex untuk mengawal resdung yang sudah lama dihidapi.

pengalaman siti sharina : Masa baby saya (2 bulan) dapat jangkitan demam campak besar. Sehari saya makan 2 biji (masa tu rasa nak makan 10 biji jerr so that demam dia cepat baik) alhamdullilah demam cepat surut infact dia tak high fever pun. Bekas campak cepat kering dan parut yang lubang2 tu pun Nampak dah beransur hilang.. dan satu lagi bila anak nak pergi cucuk 1st thing mama telan vitamin C 2 bij dulu.

pengalaman Noor syuhada : Masalah utama sejak dari kecil ialah penghadaman tak lancer, gusi berdarah setiap kali gosok gigi, sekarang dah takda lagi. Bila breastfeeding anak, dan anak terkena selesema, dengan pengambilan vitamin c, selesema anak sangat cepat kering dah pulih.

AMARAN!
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c!
- Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin c
- Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak
- Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit


TAHUKAH ANDA??
  • Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu utk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin c tidak memberi kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
Nor Syazila
Shaklee ID : 928401
Whatsapp : 0197773099
Email : zikriwellness@gmail.com
COD : Bandaraya Johor Bahru dan Kempas
Postage : Via Poslaju atau Skynet (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sustained Released Vita-C by Shaklee

Assalamualaikum.

Ya Allah teruja sungguh semalam apabila dapat info dalam group whatsapp
"Shaklee: Vita-C is available now"



Masa baca tu, tengah drive (bad habit sangat kan, masa drive baca whatsapp). Menggelabah teruk nak dapatkan iPad untuk order. Sampai office member kata belum masuk chart lagi. Bila masuk chart laju-laju order.

Sejak Shaklee dah ada system order on9 ni memang syok sangat. Tidak perlu beratur di branch untuk grab stok laris ni.

Sejak dari awal saya menyertai Shaklee (Mac lalu) stock Sustained-Release Vitamin C belum pernah muncul sehingga Oktober lalu. Syaz sempat grab beberapa botol untuk pelanggan dan diri sendiri. Beberapa orang juga bertanya ada tak stok Vitamin C Shaklee? Syaz sendiri pertama kali rasa Vitamin C pada Oktober lalu. Suka sangat makan Vitamin C tu sebab sejak makan, pagi-pagi dah tak keluar lender dari hidung (Syaz ada resdung).

Alhamdulillah untuk semalam Syaz dapat order 14 botol Vitamin C Shaklee. Bagi yang berminat nak Vitamin C boleh lah email zikriwellness@gmail.com atau Whatsapp 0197773099. Syaz jual FULL Pack 180 tabs ataupun bagi yang berminat nak dapatkan trial vitamin C 30 tabs pun ada.

Banyak kelebihan pengambilan Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan luaran serta dalaman.

Antara MANFAAT UTAMA pengambilan Vitamin C :
  • Merangsang Pembentukan COLLAGEN - Collagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab utama kepada masalah gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan atau luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar serta bersisik.
  • Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi CANCER - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan lebih berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Vitamin C memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. Secara ringkasnya Vitamin C bertindak sebagai Anti-Stress.
  • Mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan penyakit skurvi.



Antara SIMPTOM KEKURANGAN Vitamin C  dalam badan:
  • Mudah tertekan / Stress - sering rasa letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh, kalau berlaku pendarahan lambat berhenti
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus yang sihat tetapi kurus yang tak sihat, akan kelihatan lemah dan kusam)


Perbezaan Sustained Released Vitamin C by Shaklee dengan Vitamin C yang ada di pasaran:
  1. Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  2. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  3. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  4. Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement vitamin C. Ini bertujuan untuk mengelakkan salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.
  5. Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah (*chewable Vitamin C yang boleh diambil oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang tak boleh telan tablet)
  6. Tiada pembaziran kerana semua vitamin C akan digunakan oleh badan. Sustained Release Vitamin C by Shaklee ini dihasilkan secara unik kerana ianya dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan. Pelepasan Vitamin C adalah secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 biji tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

Alhamdulillah, Syaz sudah kongsikan kebaikan serta kelebihan Sustained Released Vitamin C Shaklee ini. Dapatkan sekarang daripada Syaz.

Nor Syazila
Shaklee ID : 928401
Whatsapp : 0197773099
Email : zikriwellness@gmail.com
COD : Bandaraya Johor Bahru dan Kempas
Postage : Via Poslaju atau Skynet (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.