Saturday, 30 November 2013

Menjejaki Disember 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah selesai Closing November. 1-2 Disember Shaklee close for stock count.

Sebelum ini Syaz sudah pun merancang untuk perjalanan Disember bagi organisasi Syaz. Semoga semua perancangan tersebut diberkati Allah dan mendapat perkenanNya jika ianya baik untuk kami semua.

Sekali lagi Syaz maklumkan yang Syaz menyertai Shaklee pada Mac tahun ini. Niat untuk makan Shaklee semula selepas meninggalkannya sebelum ini. Setiap bulan adalah berpeluang menjana pendapatan 2 hingga 3 angka. Suatu hari, rakan Syaz cakap sesuatu "Akak tengok Syaz boleh jalan dengan Shaklee". begitulah ayat lebih kurangnya. Syaz terkejut. Sebab Syaz sendiri seperti tiada harapan apa dengan Shaklee.

Oleh sebab itu, Syaz berusaha untuk cuba berjaya dengan Shaklee. Didorong dengan sokongan upline alhamdulillah, perkara yang pada awalnya Syaz takut rupanya tiada apa pon. Sekarang giliran Syaz untuk hasilkan "leader" di dalam organisasi Syaz.

Apa yang Syaz fikir, "ini oraganisasi saya, saya yang perlu jaga, saya yang perlu hasilkan leader dan saya perlu bagi semangat pada mereka. saya perlu tunjuk bagaimana ia perlu dilakukan".

Sesungguhnya tahun 2013 merupakan tahun yang banyak Syaz buat benda buat pertama kalinya.
- Berkenalan dengan ramai orang.
- Buka booth (berhubung dengan organiser, melawat tapak, urusan stok dan promosi, penyediaan bahan, urusan pameran dan jualan, tutup kedai, pengiraan duit dan sebagainya) --> tiba-tiba diri ini macam kuat sangat, macam tiada perasaan malu. Padahal Syaz ni orangnya takut nak jumpa orang, cerita pasa produk dan sebagainya.
- Coaching anak Shaklee

dan pelbagai lagi.

Syaz buat ini semua dengan ilmu. Beberapa siri Program ilmu syaz pergi samada sendirian atau bersama suami. Program-program ilmu ini Syaz bukan sahaja sedut ilmu, tetapi berjumpa dengan rakan-rakan baru yang positif. Syaz mengatasi TAKUT yang tak tentu fasal. MALU yang tak tentu fasal. Alhamdulillah berkat Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal, semuanya menampakkan hasil.

Cabaran bagi Syaz sekarang adalah untuk kekalkan dan perbanyakkan lagi pendapatan melalui Shaklee. Syaz berazam nak bawa semua anak cucu cicit ke pentas kejayaan. Semoga berhasil.

Closing November dengan effective Sr Supervisor dan anak Shaklee Effective Supervisor. Alhamdulillah selain bonus, Syaz dapat Power up Cash! Alhamdulillah.

Bonus memanglah bonus, tetapi dapat bantu selesaikan masalah orang lagi-lagi orang yang terdekat dengan kita adalah satu pemberian yang terindah. Sentiasa tanam azam nak mengubah hidup sendiri dan orang lain, menambah nilai hidup sendiri dan orang lain, In Shaa Allah jalannya terbentang luas.

0 comments:

Post a Comment