Tuesday, 24 December 2013

Supplement Shaklee untuk masalah gusi bengkak

Apa itu Gingivitis?


Gingvitis adalah radang gusi (jaringan gingiva). Gingivitis hanya mempengaruhi jaringan yang mengelilingi gigi tanpa menimbulkan kerusakan tulang alveolar, ligamen periodontal atau sementum. Bila berlanjut, gingivitis akan berkembang menjadi periodontitis.

Apa pula Periodontium ni?
Penyakit periodontium adalah penyakit membabitkan kerosakan berlaku pada tisu yang menyokong gigi iaitu gusi, tulang dan ligamen periodontium.
Ini berpunca daripada satu penyakit awal yang dikenali sebagai gingivitis sehingga keadaan lebih teruk menyebabkan hilang pelekatan gusi dan sokongan tulang.
Tanda awal serangan penyakit gusi adalah gusi bengkak, merah dan mudah berdarah apabila disentuh terutama ketika menggosok gigi.
Peringkat ini dikenali sebagai gingivitis. la dikatakan mudah berbalik (reversible) iaitu mudah sembuh jika mendapat rawatan segera.

Sumber: Berita Harian 26 Okt. 2006


Apa punca gingivitis ni?

Gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.

Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.


Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.

Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. (beware ibu2 hamil!) Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.

Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium

Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.

Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).
Sumber Maklumat: Berita Harian

Jelas dah? Tahu dah puncanya? Ringkasnya,

Punca Gingivitis antaranya ialah:
  1. Binaan plak pada gigi
  2. Kecederaan atau trauma pada gigi
  3. Diabetes yang tidak terkawal
  4. Hamil
  5. Gigi tidak bersih
  6. Pengambilan ubatan seperti pil pencegah kehamilan
  7. Kekurangan vitamin B, Vitamin C dan Kalsium

Jadi, pastikan penjagaan gigi yang sempurna dan diet yang betul terutamanya bagi ibu hamil. Pastikan mendapat vitamin yang mencukupi disamping rajin berus gigi.

Ini sedikit tips utk anda


  1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk  membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.  Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!


Pilihan vitamin? Carilah yang lengkap dan semulajadi. Jom baca testimoni ini dan anda akan tahu apa yang mungkin membantu anda 


Sayangi Gusi dan Gigi anda.

Syazila,
Pengedar Shaklee Pilihan anda
Shaklee ID : 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

0 comments:

Post a Comment