Monday 13 April 2015

Sudah lama berusaha untuk menimang cahaya mata sendiri? Jom baca

Alhamdulillah hari ini Syaz berpeluang berkongsi dengan anda semua pengalaman Syaz sendiri dalam usaha mendapatkan zuriat yang kedua.

Kami berkahwin pada tahun 2009 iaitu diusia 24 tahun dan alhamdulillah Januari 2011 dikurniakan seorang cahaya mata. Perancangan 2013 nak lah mengandung dan melahirkan lagi tetapi belum ada rezeki dan alhamdulillah Januari 2015 lahir anak kedua kami. Lumrah kan bagi pasangan yang berkahwin ingin zuriat sebagai penyeri rumah tangga katanya :)



Petua orang dulu-dulu memang banyak dan terserah kepada anda untuk mengamalkannya ataupun tidak. Walaupun kita sebagai orang Islam, Allah tidak pernah janji yang berkahwin mesti dapat zuriat, namun kita wajar berusaha sebab kita pon tidak tahu apa yang Allah sudah tetapkan untuk kita. Mana tahu, Shaklee adalah asbab anda untuk hamil :)

Ada juga beberapa kenalan Syaz merungut "Aku dah makan set hamil yang beli dari distributor ni, tapi tak hamil pon". Ia samada bukan rezeki atau ada sedikit cara makan atau jadual yang perlu diubah suai. Keywordnya "Sabar" dan carilah orang yang terbukti berjaya dan follow :)

Teringat kata-kata doktor Rohaini pada Syaz tahun lalu,"Awak adalah apa yang awak fikirkan. Jika awak rasa awak gemuk, susah nak mengandung, jadi susahlah!". Tersentap memang tersentap. Selepas berjumpa doktor Rohaini Syaz fikir, ok, aku mesti amalkan pemakanan sihat. Mesti hilangkan sikit berat (masa tu tak lah gemuk sangat :p, tetapi rasa badan tak fit, macam mana nak kandung anak kan?).

Berdoa dalam hati nak pergi Cameron nak beli sayur segar. Alhamdulillah dapat offer pergi kursus di Putrajaya hujung April 2014 dan balik tu terus naik Cameron. Balik Cameron Syaz lancarkan pemakanan sihat. Sayur Cameron sangat manis dan tidak perlu sebarang tambahan perasa ketika masak. Seminggu mengamalkan pemakanan sihat dan segar, berat turun! Badan pulak, selepas puas berjalan out station dan mendaki Cameron, terus rasa fit!

Selain itu, Syaz juga konsisten makan supplement. Masa tu Syaz makan Minyak Kelapa Dara Treenea dan GLA Shaklee sejak Mac 2014. Dos? Double! (Yang ini jangan tiru, sebab Syaz gelojoh). Dalam masa yang sama, Syaz memang minta husband makan Zinc sebab kebetulan masa tu dia terlibat dengan kemalangan di tempat kerja, jadi makan zinc dan AJHT untuk cepat pulihkan tulang yang patah.

Alhamdulillah, Awal Jun 2014 Syaz disahkan hamil. Seronok sangat sebab syaz cuba untuk hamil sejak 2013. Setahun lebih berusaha. Anak pertama Syaz sampai dah minta je ambil baby orang bawa balik :p

Jika anda bukan yang menjaga setiap suapan makanan yang masuk ke mulut (jenis suka makan fastfood, makan tidak ikut masa, makan makanan sejuk, makan makanan diproses, makan makanan ada lemak trans), Syaz syorkan anda mula jaga pemakanan anda, mula ambil supplement untuk kesuburan dan berusaha lah untuk dapatkan badan yang "fit" sebagai persediaan untuk hamil.

Set kesuburan Shaklee mengandungi :
  • GLA
  • B-Complex
  • Zinc Complex
  • Vitamin E


GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah hormon tidak stabil. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


B Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga 
B 6 - membantu memanjangkan waktu subur 
B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma
Ia juga anti Stress! Nak hamil kena jauhi Stress. Jika kerja anda dalam lingkungan Stress, ambil cuti untuk berehat.

Zinc Complex 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Vitamin E & Selenium 
Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Jika anda berhasrat untuk mengurangkan berat badan seterusnya mengamalkan set kesuburan ini, Syaz boleh bantu konsult anda berdasarkan pengalaman Syaz sendiri. Perlu diingat bahawa setiap manusia mempunyai kebolehan berbeza, rezeki berbeza dan gaya hidup berbeza. Oleh itu, kaedah pengambilan supplement dan supplement yang diperlukan oleh seseorang juga berbeza.

Hubungi Syaz untuk maklumat lanjut.

Love,
Pilih Konsultan yang terbukti Berjaya.
Syazila, Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com


0 comments:

Post a Comment