Kenali Saya

Assalamualaikum salam sejahtera.

Hai nama Saya Nor Syazila Binti Muin dan mudah dikenali dengan Syaz. Syaz berasal daripada Kluang dan Menetap di Johor Bahru. IKLAN : Boleh dapatkan produk Shaklee di Kluang dan Johor Bahru terus daripada Syaz

Syaz telah pon berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.


Alhamdulillah genap sudah usia Puteri Kami 3 tahun pada Januari 2014.

Ini pula suami Syaz yang kerap out station.

Hidup ini, mentor Syaz kata perlu ada 3 punca pendapatan iaitu aktif, pasif dan sampingan. Syaz memang sedia ada pendapatan tetap yang berpunca daripada kerja sekarang yang masuk jam 8.00 pagi  dan pulang jam 5.00 petang. Syaz menyertai Shaklee kerana pernah makan supplement ini tetapi tidak tahu bagaimana ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan.

Jadi Syaz sertai Shaklee dengan set slimming yang pada itu banyak sangat produk pelangsingan badan di pasaran yang berbahaya. Hasrat nak bantu kawan-kawan slim dengan selamat dan dalam budget yang mampu dibeli. Masa itu syaz cuma tertumpu pada keuntungan retail. Alhamdulillah, sifat mudah puas hati sudah datang. Langsung tidak tahu yang Shaklee boleh jadi pendapatan pasif.

Nak dijadikan cerita, puting beliung mana datang dan kawan Syaz cakap " Akak tahu awak boleh buat Shaklee ni".

Terkejut dengar ayat tu terus Syaz kejar upline Syaz. Tanya soalan demi soalan. Doa. Usaha, coaching anak-anak akhirnya selepas terkejut pada Ogos, September naik Rank.

Mac 2013 - Menyertai Shaklee
September 2013 - Supervisor Shaklee
Oktober 2013 - Senior Supervisor Shaklee

Alhamdulillah bermula Bonus September 2013 hingga kini Syaz telah medapat bonus 4 angka setiap pertengahan bulan hasil daripada Shaklee. Belum pernah lagi dalam tempoh itu Bonus Syaz berkurangan, malah ia semakin naik dan naik.

Bagaimana Syaz lakukan? Syaz bekerja, Syaz juga isteri dan Ibu. Setiap minggu Syaz pasti balik Ziarah keluarga.

Shaklee adalah perniagaan yang tidak perlu bersusah payah cari pelanggan, keluar buat coaching, ambil stok dan sebagainya. Ia sangat mudah diuruskan dan hanya memerlukan pergerakan di hujung jari.

Apa yang Syaz buat melalui ON9 :
- Share info
- Update Blog dan FB
- Order stok
- Check Bayaran Pelanggan
- Hantar barang kepada pelanggan
- Coaching anak cucu cicit (organisasi)
- Lihat perkembangan organisasi
- Lihat Statement Bonus

Rasanya jika semua boleh buat on9 tetapi tetap dapat income 4 angka siapa tidak seronok kan?

memandangkan rutin hidup seharian sangat sibuk, Syaz berhasrat mahu berhenti daripada kerja 8 -5. Juga ingin sangat suami sentiasa bersama kami. Kesian melihat anak yang sentiasa bertanya di mana "daddy". Bukan seminggu dua, tetapi berbulan lamanya kami terpisah dek kerana kerja. Semua ini Syaz ingin ubah supaya masa bersama keluarga lebih banyak dan bernilai. Syaz tahu dengan Shaklee Syaz mampu lakukannya diiringi doa dan usaha.

Tahun 2014, Syaz ingin menjadi Master Coordinator dalam Shaklee. Doakan supaya impian ini tercapai.

Shaklee ada produk yang terbaik.
Shaklee menawarkan keuntungan retial - DONE
Shaklee menawarkan Bonus setiap bulan (Cash) - DONE, 4 angka, aim for 5 angka
Shaklee menawarkan Bonus Percutian (Convention) 
Shaklee menawarkan Bonus Kereta (Car)

Semoga tahun 2014 Syaz mampu capai 2 lagi C yang masih Syaz usahakan.


**********

Bercakap pasal supplement atau vitamin, pemakanannya perlu istiqamah. Istiqamah ni maksudnya teguh pendirian dan berterus-terusan (konsisten) tanpa mengira dimanapun kita berada. Dalam aspek kesihatan pula, contohnya makan ubat sebanyak 3 biji sehari dilakukan selama 7 hari lebih baik bagi kesihatan untuk kesembuhan berbanding jika dimakan 21 biji sekali telan. Makan 3 pinggan nasi sehari yang diagihkan sebanyak 3 kali makan, setengah pinggan untuk sarapan pagi, satu setengah pinggan untuk makan tengah hari dan satu pinggan untuk makan malam, adalah lebih baik kesannya bagi kesihatan daripada 3 pinggan sekali makan. Demikianlah seterusnya. Semoga kita diberi oleh Allah SWT kekuatan untuk beristiqamah sentiasa dalam semua jenis kebaikan

0 comments:

Post a Comment