Assalamualaikum. Harini nak kongsi masalah yang sering dihadapai oleh Masyarakat kita, GOUT.
Penyakit gout seringkali banyak menyerang lelaki dan hanya menyerang kaum perempuan yang menopaus.
Apabila penyakit gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Tanda – tanda penyakit gout biasanya sakit yang melampau dan mengejut biasanya bermula pada satu sendi sahaja terutama pada ibu jari kaki. Antara penyebab penyakit gout ini disebabkan oleh;
Umur - Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Merokok - Akan menyebabkan kadar urik asid bertambah di dalam darah serta mengurangkan pengaliran gas oksigen yang mencukupi untuk meneutralkan darah.
Gaya Hidup - Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat - Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan sendi.
Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing
Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan.
Pengambilan supplement semula jadi dari Shaklee boleh membantu menangani masalah GOUT.
Hubungi Syaz untuk khidmat nasihat PERCUMA!
I am Your Shaklee Independent Distributor!
0 comments:
Post a Comment