Wednesday, 25 December 2013

Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Berniaga

Alhamdulillah Syaz telah terlibat secara serius dengan Perniagaan Online sejak tahun 2012 selepas Syaz berpindah ke rumah teres. Sebelum ini Syaz tinggal dirumah "tinggi" dan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi termasuk naik turun tangga dari tingkat 11 kerana lift rosak. Jika nak diceritakan terlalu banyak pula dan ia secara tidak langsung akan menyebarkan aura negatif kepada pembaca yang saya kasihi.

Selepas timbul beberapa ujian dalam kehidupan, Syaz mula memilih perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan untuk menampung keperluan juga kehendak seharian kami sekeluarga.

Benar, Rasul mengajar kita berniaga sedangkan keturunan kita mengajar kita makan gaji. Mungkin kehidupan makan gaji adalah lebih selesa dan "terjamin". Adalah menjadi satu cabaran yang amat besar apabila kita hendak keluar daripada tradisi turun temurun ini. Justeru itu, hari ini Syaz berhasrat berkongsi Rahsia Kejayaan Rasulullah dalam Berniaga. Rasulullah ini kita (sebagai Islam) harus jadikan sebagai Idola jika hendak berjaya. 9/10 rezeki datang daripada berniaga kan? Jom kita lihat rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga.

Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah tidak suka pada perdebatan bila menjalankan perniagaan. Bezakan dengan usahawan zaman kita sekarang ini. Mungkin ada yang bersifat macam Rasulullah, bersabar dan tidak suka berdebat tetapi jumlahnya terlalu kecil. Kalau boleh, kita saja nak menang. Ini penyakit hati.

Teknik Menjual Yang Unik

Ini memang unik. Rasulullah tidak seperti usahawan sekarang. Baginda sangat bijak mengambil hati pelanggan dengan nilai-nilai murni. Baginda tidak hanya memikirkan untung semata-mata tetapi lebih kepada “tackle” hati pelanggan. Baginda hanya memberitahu pelanggan harga pokok sahaja dan terpulanglah pelangga mahu letak berapa. Kita ada ke nak buat macam ini? Payah (termasuk saya)

Tetap Dengan Senyuman

Murah senyuman. Baginda mempunya peribadi yang sangat terpuji. Wajah baginda sentiasa lembut dan manis melayan pelanggan dengan bersabar. Bandingkan dengan usahawan zaman sekarang, termasuk diri kita. Jauh bezanya ya kita dengan sifat Banginda. Baginda sangat bijak memikat hati pelanggan dengan akhlak yang indah. SubhanaAllah. Mulai sekarang ayuhlah berlajar memberikan senyuman yang terbaik sepanjang masa terutaam berhadapan dengan komputer (jika anda peniaga online) dan pelanggan.

Bersikap Jujur

Tip usahawan yang senang untuk kita dengar tapi percayalah susah untuk dilakukan kalau tiada iman pada Allah yang kuat dan percaya yang rezeki itu datangnya daripada Allah bukan manusia. Saya beri contoh, cuba lihat sahaja perniaga di pasar malam. Menjual ikan, lapisan atas semua ikan segar-segar tetapi rupanya di lapisan bawah ikan busuk. Bila pelanggan kata “beri 1 kg”, mereka akan ambil yang lapisan bawah tanpa pelanggan sedar. Dari mana mahu mendapat keberkatan dalam perniagaan dan bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya seperti Rasulullah? Fikir

Tidak Mengejar Harta Semata-mata

Kalau harta yang kita mahukan semata-mata, itu sahajalah yang Allah akan berikan. Tapi, Baginda tidak seperti itu. Baginda ada niat lain bila berniaga. Baginda mengukuhkan potensi dan kedudukan Baginda dengan menjalankan perniagaan yang baik dengan niat untuk mendapatkan modal daripada orang-orang kaya untuk tujuan mengembangkan perniagaan Baginda dan mengukuhkan nama Islam itu sendiri. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kita? Ramai yang mahu mewah untuk tuntutan hidup sendiri sahaja.

Cari Keuntungan Maksimum Dengan Jujur

Di dalam hadis sahih riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum , lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Maksudnya tidak salah kalau kita menaikkan harga untuk mendapat keuntungan 100% asalkan tidak melanggar etika berniaga. Dan pastikan kita tidak menjual produk bertentangan dengan agama dan jalankan urusan jual beli dengan jujur. Jangan sesekali jual produk yang tidak elok kualitinya untuk dapat keuntungan tapi gunalah strategi perniagaan berkesan yang lain. Buat research sendiri. Bak kata sifu Saya "TRY AND ADJUST"

Akhirul kalam, jadilah peniaga yang berhemah, jujur dan tidak mementingkan diri sendiri. Yang penting keberkatan dalam rezeki perlu ada, supaya kesinambungan rezeki tidak hilang. Ikutlah rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga seperti di atas, in shaa Allah kita tidak akan terpesong jauh. Kepada Allah jualah kita meminta agar sentiasa menjaga hati kita dan tidak alpa dalam kekayaan dan wang ringgit.

Teringat Mentor saya cakap "Anak kita tidak faham Kita tak cukup duit".

0 comments:

Post a Comment