Wednesday, 18 December 2013

Set Penyusuan Yang Sesuai Diambil Oleh Ibu Yang Mempunyai Bayi Dengan G6PD Deficiency

Assalamualaikum dan salam sayang buat ibu-ibu yang menyusukan.

Alhamdulillah dikurniakan Ilham untuk menulis isu ini. G6PD ini kawan Syaz sendiri ada seorang anak yang dilahirkan mengalami G6PD. Secara asasnya, yang Syaz tahu G6PD dibawa oleh bayi lelaki.


Sesungguhnya, mendapat perkhabaran daripada doktor bahawa bayi anda mengalami G6PD  Deficiency mungkin mengundang sedikit kebimbangan dan kekeliruan. Apabila anda menghadapi situasi begini banyakkan mencari info tentang masalah/penyakit yang dihidapi bayi dan dapatkan bantuan daripada mereka yang arif terutamanya doktor.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah 
B-Complex, Vitamin C, Vita-lea dan Ostematrix 



Apa itu G6PD?
( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.

Fungsinya.
la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD :

  1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
  2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

  • Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang.

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.
Sila Pastikan
Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 

  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
  • Demam dan pucat.  

Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ?
Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunan atau berjangkit.

Senarai ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD.

Antimalaria. 
Chloroquine.
Hydroxychloroquine.
Primaquine.
Pamaquine.
Pentaquine.
Quinine.
Mapacrine.
Antirheumatik / Analgesik.
Phenacetin.
Aminopyrine.
Acetylsalicytic acid.
Antlpyrine.
Probenecid.
Acetalinid.

Antibakteria

Chlorophenicol
Cotnimoxazole
Furazolidine
Nalidixic acid
Nitrofurantoin
P. Aminosalicylic Acid
Sulphonamide
Sulphanilamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypyridazine
Sulphathizole
Sulphamerazine

Lain-lain

Choramine
Dapsone
Dimercaprol
Antisine
Napthalene (ubat Gegat)
Phenythydrazine
Benadryl
Tripelennamide
Procainamide
P. Aminobenzoic Acid
SS Cream
Fava beans
Vitamin K Analoques
Pyrimidone
Pyribeneamine
Mathylene blue

0 comments:

Post a Comment