Morning sickness atau dalam bahasa kita sebut alahan ketika kehamilan. Ada yang bernasib baik hanya mengalami alahan diawal kandungan sahaja tetapi ada yang mengalami alahan mual dan loya sehingga 9 bulan!
Bagaimana hendak melalui kehidupan seharian jika setiap hari mengalami alahan yang sangat teruk? Hari ini Syaz kongsikan sedikit tips untuk anda semua yang melalui fasa "morning sickness" ini. Harap dapat membantu!
Langkah 1
Bagaimana hendak melalui kehidupan seharian jika setiap hari mengalami alahan yang sangat teruk? Hari ini Syaz kongsikan sedikit tips untuk anda semua yang melalui fasa "morning sickness" ini. Harap dapat membantu!
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
Langkah 4 & 9 mengatakan peppermint halia & vitamin B6 sangat efektif untuk menghilangkan rasa loya ketika mengandung. Jadi, pada mereka yang tak lalu nak makan peppermint atau halia yang betul boleh cuba Peppermint Ginger Plus & B Complex Shaklee.
Jadilah ahli sekarang untuk mendapatkan harga yang murah serta konsultasi percuma sepanjang masa! Tak rugi.
Jadilah ahli sekarang untuk mendapatkan harga yang murah serta konsultasi percuma sepanjang masa! Tak rugi.
Love,
Pilih Konsultan yang terbukti Berjaya.
Syazila, Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com
0 comments:
Post a Comment