Alhamdulillah. Seminggu sudah Syawal kita.
Selamat Hari Raya :)
Pagi ini kembali memulakan tugas di pejabat. Sambil menikmati sarapan pagi satu soalan diajukan oleh rakan kepada saya, "Kau tak kena simpul biawak ke?". Saya senyum.
Alhamdulillah, selain makan kekacang dan pisang, Saya turut mengambil Ostematrix sebagai supplement harian.
Simpul biawak ni rasa dia macam kejang otot. juga dikenali sebagai ‘muscle spasm/cramp’ dalam bahasa inggeris,
Kekejangan otot adalah penguncupan otot secara tiba-tiba dan tidak terkawal satu kumpulan otot atau organ berongga seperti jantung dan pengecutan tiba-tiba orifis. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang amat secara tiba-tiba pada otot, tetapi biasanya tidak berbahaya dan akan reda selepas beberapa minit.
Antara punca-punca kekejangan otot ialah penyahhidratan, lebihan bebanan pada otot (‘muscle overload’), dan ketiadaan/kekurangan elektrolit. Pengecutan otot tidak terkawal juga mungkin boleh disebabkan oleh keadaan perubatan, termasuk ‘dystonia’. Rendah kandungan natrium, kalsium, dan/atau magnesium juga antara faktor penyumbang kepada kekejangan otot. Terdapat pelbagai sebab dan punca pengecutan otot yang tidak terkawal dan tidak sedar ini, ada yang mungkin lebih serius, bergantung kepada keadaan.
Kaedah mencegah Simpul Biawak berlaku :
1. mengenakan stokin sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki yang sejuk kerana kakisejuk mudah mengalami kekejangan.
2. menyapu minyak panas pada betis sebelum tidur untuk mengelakkan angin sejuk masuk.
3. melakukan regangan ringkas sebelum tidur bagi melancarkan perjalanan darah.
4. tidur mengiring seeloknya mengiring ke kiri kerana salur darah besar di sebelah kanan badan.
5. meninggikan kaki dengan mengalas kaki dengan bantal agar kaki lebih tinggi dari badan.
6. meminum air masak secukupnya supaya electrolite dalam badan mencukupi.
6. mengambil supplement kalsium tambahan untuk menambahkan kalsium dalam badan, ini saya tentunya memilih 4 Biji OSTEMATRIX setiap hari.
Bagi Merawat Simpul biawak (incase terjadi kepada anda) berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil :
1. buat regangan otot, mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapi kaki secara perlahan-lahan.
2. jalan perlahan-lahan sehingga anda boleh berjalan seperti biasa.
3. picit ibu jari kaki sehinggan rasa sakit berkurangan.
4. picit pergelangan kaki.
5. tekan tapak kaki dan picit-picitkan supaya cepat lega.
6. rendam kaki dalam air suam bercampur garam.
Saya harap perkongsian ini membawa manfaat kepada pembaca semua.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, Syaz mengandung ke? Yes! Saya hamil anak kedua :)
Lain kali saya cerita ye.
0 comments:
Post a Comment