Monday, 30 December 2013

Produk Shaklee SELAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kembali lagi dengan Segmen Kenali Shaklee. Bukan apa, banyak sangat pertanyaan tentang Shaklee ni kan, jadi baik Syaz kenalkan lagi Shaklee yang telah lebih 50 tahun wujud ni.

Lambakan produk makanan tambahan sekarang mungkin membuatkan anda bimbang dan keliru untuk membuat pilihan. Begitu juga saya kerana mudah terpengaruh dengan iklan bombastik dan jaminan para pengedar. Tapi itu semua saya yang sebelum ini lah, tetapi selepas timbul kesedaran, syaz kembali makan Shaklee supplement dan terus daftar jadi pengedar.

Mengapa Shaklee menjadi jenama pilihan hati Syaz?


Sekilas fakta..dipetik dari http://www.shaklee.com.my/bm

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Fakta di atasdi petik dari laman web Shaklee. Sila baca dan layari. Banyak info menarik yang ada di sini...http://www.shaklee.com.my/bm/..~laman web rasmi baru Shaklee.

Sebab itu jangan pelik jika saya katakan saya makan lebih daripada 10 jenis supplement setiap hari. Sebelum bagi anda makan, baik juga jika saya sendiri cuba makan ye tak?

Sunday, 29 December 2013

Penawar Rambut Gugur Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertanya seorang rakan yang Syaz kenali melalui satu seminar pelaburan tentang Set Rawatan Rambut gugur daripada Shaklee.

Bila kita dapati banyak sangat produk untuk atasi rambut gugur, sememangnya ia bukan masalah luar biasa, ramai orang hadapinya. Namun, produk yang mana satu yang sesuai? Ya, tak semua produk menjadi untuk semua orang, kerana masalah setiap orang berbeza-beza.

Penyebab keguguran rambut boleh jadi kerana tekanan (stress), atau pengambilan ubat-ubatan, kekurangan nutrien misalnya zat besi, zinc atau kuprum, atau simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun. Salah satu penyebab lagi adalah hormon. Kebanyakan ibu beranak kecil mula mendapati rambut gugur dengan banyak semasa anak menyembur air liur. Sebenarnya ia berkait dengan hormon androgen, kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.

Masalah keguguran rambut tidak semestinya berfaktorkan usia. Ramai orang terutama lelaki, dalam 30% dari mereka mengalami masalah ini semasa berusia 30 tahun.

Walau bagaimanapun, anda harus faham rambut kita mengalami 3 fasa –
anagen : fasa menumbuh;
catagen : fasa memanjang;
telogen : fasa berehat.

Rambut kita sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun yang jadi masalah kalau rambut banyak sangat gugur, hingga ia tidak dapat menghambat kitaran anagen.

Jadi, bagi membantu anda yang bermasalah rambut gugur, beberapa produk dari Shaklee yang boleh anda cuba  :
- Zinc Complex (untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang)
- B Complex (untuk masalah peredaran darah)
- Vitalea (untuk masalah kekurangan zat besi)
- ESP (untuk rambut rapuh dan bercabang)
- GLA Complex (untuk yang bermasalah hormon terutama ibu lepas bersalin)
Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum.


Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee!

Friday, 27 December 2013

Segmen Kenali Shaklee

Hai semua. Setelah berpuluh-puluh post Syaz sebelum ini tentang produk dan maklumat lain, baru harini nak post segmen kenali Shaklee.

18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain.

  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.


  2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.


  3. Pada 1924, Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid..yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain)
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18. Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.

Alhamdulillah. Saya percaya anda baca dengan fokus beberapa point di atas yang saya kongsikan.

Apa pon sejak menyertai keluarga Shaklee hidup saya berubah 360 darjah! Rasa seronok sangat. Baru ini dapat income daripada Shaklee melebihi basic pendapatan kerja sepenuh masa saya. Siapalah tak seronok, ibarat dapat sebulan bonus (malah lebih) setiap bulan. Berkata dalam hati,"orang tunggu bonus setengah bulan gaji setahun sekali But I get almost every month, bukan setengah bulan gaji, malah lebih. Rasa seronok dan gembira sebab mak pon asyik cakap "aik? bagi mak duit lagi?" Alhamdulillah, jika bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi ye tak?

Thursday, 26 December 2013

Atasi Stress dan Obesiti dengan BComplex

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah semalam ada seorang rakan pejabat call dan pass panggilan kepada Ibu beliau.

Perbualan berkisar kepada kesihatan dan secara ringkasnya, Ibu rakan syaz memaklumkan yang doktor menasihatkan beliau untuk mengambil vitamin b-complex memandangkan beliau tidak ada sebarang masalah kesihatan.

Sebenarnya bukan apabila kita ada masalah kesihatan sahaja baru kita perlu ambil vitamin. Syaz sendiri mengambil vitamin sebab tahu makanan yang diambil setiap hari adalah "ikut mana sempat". Langsung tidak mengambil kira maklumat khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Berbalik kepada tajuk STRESS. Stress adalah punca kepada pelbagai penyakit juga memberi kesan kurang baik terhadap kehidupan terutamnya wanita. Wanita ni kadang kala, nak sediakan makan malam keluarga pon boleh jadi Stress, betul tak?

Stress mengganggu sistem pencernaan yang mengakibatkan sakit perut. Biasa kan kalau kita cemas, perut akan sakit, time tu kita akan cakap "Masa ni lah nak meragam kan". Selain daripada itu, Stress juga menjejaskan sistem imuniti badan dan mengakibatkan kita mudah demam (bukan hanya sebab kita lembik ye) meningkankan kadar denyutan jantung (langsung tidak bagus ye), tekanan darah tinggi, masalah sukar tidur (insomia) dan paling menakutkan penambahan berat badan.

Agak sukar mengawal stress terutamanya jika stress datang daripada persekitaran kita dan antara yang dapat membantu anda "ubah" mood anda dengan segera dalah Vitamin B-Complex. B-Complex ini adalah ahli keluarga yang diperlukan oleh badan anda. Jom berkenalan dengan ahli keluarga B-Complex :

Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

  • Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  2. Kesemua lapan jenis vitamin B yang diperlukan termasuk Biotin
  3. Peningkatan penghantaran zat
  4. Tablet mudah ditelan

B-Complex dari jenama Shaklee pilihan saya. Kenapa?


Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.  - Mudah di telan. - Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. Kesan daripada stress atau depresi amatlah buruk dan jika dibiarkan.boleh menjurus ke penyakit fizikal.~overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan banyak lagi. Lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yang kronik.

Tahukah anda, ramai di usia emas nampak awet muda kerana mengamalkan B-Complex!

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Wednesday, 25 December 2013

Testimoni Omega Guard Hilangkan kaki "Cramp"

Testimoni Fresh daripada Business Partner via Group.

Drive more than 40 minutes, Kaki I tak Cramp lagi, alhamdulillah - Testimoni Omega Guard


Thank You Shaklee.

Promosi Omega Guard Shaklee masih berlangsung. Cepat email zikriwellness@gmail.com untuk order atau Whatsapp 0197773099 (Syaz)

Syazila,
Pengedar Shaklee Pilihan anda
Shaklee ID 928401

Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Berniaga

Alhamdulillah Syaz telah terlibat secara serius dengan Perniagaan Online sejak tahun 2012 selepas Syaz berpindah ke rumah teres. Sebelum ini Syaz tinggal dirumah "tinggi" dan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi termasuk naik turun tangga dari tingkat 11 kerana lift rosak. Jika nak diceritakan terlalu banyak pula dan ia secara tidak langsung akan menyebarkan aura negatif kepada pembaca yang saya kasihi.

Selepas timbul beberapa ujian dalam kehidupan, Syaz mula memilih perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan untuk menampung keperluan juga kehendak seharian kami sekeluarga.

Benar, Rasul mengajar kita berniaga sedangkan keturunan kita mengajar kita makan gaji. Mungkin kehidupan makan gaji adalah lebih selesa dan "terjamin". Adalah menjadi satu cabaran yang amat besar apabila kita hendak keluar daripada tradisi turun temurun ini. Justeru itu, hari ini Syaz berhasrat berkongsi Rahsia Kejayaan Rasulullah dalam Berniaga. Rasulullah ini kita (sebagai Islam) harus jadikan sebagai Idola jika hendak berjaya. 9/10 rezeki datang daripada berniaga kan? Jom kita lihat rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga.

Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah tidak suka pada perdebatan bila menjalankan perniagaan. Bezakan dengan usahawan zaman kita sekarang ini. Mungkin ada yang bersifat macam Rasulullah, bersabar dan tidak suka berdebat tetapi jumlahnya terlalu kecil. Kalau boleh, kita saja nak menang. Ini penyakit hati.

Teknik Menjual Yang Unik

Ini memang unik. Rasulullah tidak seperti usahawan sekarang. Baginda sangat bijak mengambil hati pelanggan dengan nilai-nilai murni. Baginda tidak hanya memikirkan untung semata-mata tetapi lebih kepada “tackle” hati pelanggan. Baginda hanya memberitahu pelanggan harga pokok sahaja dan terpulanglah pelangga mahu letak berapa. Kita ada ke nak buat macam ini? Payah (termasuk saya)

Tetap Dengan Senyuman

Murah senyuman. Baginda mempunya peribadi yang sangat terpuji. Wajah baginda sentiasa lembut dan manis melayan pelanggan dengan bersabar. Bandingkan dengan usahawan zaman sekarang, termasuk diri kita. Jauh bezanya ya kita dengan sifat Banginda. Baginda sangat bijak memikat hati pelanggan dengan akhlak yang indah. SubhanaAllah. Mulai sekarang ayuhlah berlajar memberikan senyuman yang terbaik sepanjang masa terutaam berhadapan dengan komputer (jika anda peniaga online) dan pelanggan.

Bersikap Jujur

Tip usahawan yang senang untuk kita dengar tapi percayalah susah untuk dilakukan kalau tiada iman pada Allah yang kuat dan percaya yang rezeki itu datangnya daripada Allah bukan manusia. Saya beri contoh, cuba lihat sahaja perniaga di pasar malam. Menjual ikan, lapisan atas semua ikan segar-segar tetapi rupanya di lapisan bawah ikan busuk. Bila pelanggan kata “beri 1 kg”, mereka akan ambil yang lapisan bawah tanpa pelanggan sedar. Dari mana mahu mendapat keberkatan dalam perniagaan dan bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya seperti Rasulullah? Fikir

Tidak Mengejar Harta Semata-mata

Kalau harta yang kita mahukan semata-mata, itu sahajalah yang Allah akan berikan. Tapi, Baginda tidak seperti itu. Baginda ada niat lain bila berniaga. Baginda mengukuhkan potensi dan kedudukan Baginda dengan menjalankan perniagaan yang baik dengan niat untuk mendapatkan modal daripada orang-orang kaya untuk tujuan mengembangkan perniagaan Baginda dan mengukuhkan nama Islam itu sendiri. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kita? Ramai yang mahu mewah untuk tuntutan hidup sendiri sahaja.

Cari Keuntungan Maksimum Dengan Jujur

Di dalam hadis sahih riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum , lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Maksudnya tidak salah kalau kita menaikkan harga untuk mendapat keuntungan 100% asalkan tidak melanggar etika berniaga. Dan pastikan kita tidak menjual produk bertentangan dengan agama dan jalankan urusan jual beli dengan jujur. Jangan sesekali jual produk yang tidak elok kualitinya untuk dapat keuntungan tapi gunalah strategi perniagaan berkesan yang lain. Buat research sendiri. Bak kata sifu Saya "TRY AND ADJUST"

Akhirul kalam, jadilah peniaga yang berhemah, jujur dan tidak mementingkan diri sendiri. Yang penting keberkatan dalam rezeki perlu ada, supaya kesinambungan rezeki tidak hilang. Ikutlah rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga seperti di atas, in shaa Allah kita tidak akan terpesong jauh. Kepada Allah jualah kita meminta agar sentiasa menjaga hati kita dan tidak alpa dalam kekayaan dan wang ringgit.

Teringat Mentor saya cakap "Anak kita tidak faham Kita tak cukup duit".

Tuesday, 24 December 2013

Supplement Shaklee untuk masalah gusi bengkak

Apa itu Gingivitis?


Gingvitis adalah radang gusi (jaringan gingiva). Gingivitis hanya mempengaruhi jaringan yang mengelilingi gigi tanpa menimbulkan kerusakan tulang alveolar, ligamen periodontal atau sementum. Bila berlanjut, gingivitis akan berkembang menjadi periodontitis.

Apa pula Periodontium ni?
Penyakit periodontium adalah penyakit membabitkan kerosakan berlaku pada tisu yang menyokong gigi iaitu gusi, tulang dan ligamen periodontium.
Ini berpunca daripada satu penyakit awal yang dikenali sebagai gingivitis sehingga keadaan lebih teruk menyebabkan hilang pelekatan gusi dan sokongan tulang.
Tanda awal serangan penyakit gusi adalah gusi bengkak, merah dan mudah berdarah apabila disentuh terutama ketika menggosok gigi.
Peringkat ini dikenali sebagai gingivitis. la dikatakan mudah berbalik (reversible) iaitu mudah sembuh jika mendapat rawatan segera.

Sumber: Berita Harian 26 Okt. 2006


Apa punca gingivitis ni?

Gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.

Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.


Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.

Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. (beware ibu2 hamil!) Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.

Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium

Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.

Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).
Sumber Maklumat: Berita Harian

Jelas dah? Tahu dah puncanya? Ringkasnya,

Punca Gingivitis antaranya ialah:
  1. Binaan plak pada gigi
  2. Kecederaan atau trauma pada gigi
  3. Diabetes yang tidak terkawal
  4. Hamil
  5. Gigi tidak bersih
  6. Pengambilan ubatan seperti pil pencegah kehamilan
  7. Kekurangan vitamin B, Vitamin C dan Kalsium

Jadi, pastikan penjagaan gigi yang sempurna dan diet yang betul terutamanya bagi ibu hamil. Pastikan mendapat vitamin yang mencukupi disamping rajin berus gigi.

Ini sedikit tips utk anda


  1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk  membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.  Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!


Pilihan vitamin? Carilah yang lengkap dan semulajadi. Jom baca testimoni ini dan anda akan tahu apa yang mungkin membantu anda 


Sayangi Gusi dan Gigi anda.

Syazila,
Pengedar Shaklee Pilihan anda
Shaklee ID : 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Monday, 23 December 2013

Vitamin buat pesakit Talasemia

Penyakit Talasemia dan Vitamin untuk Membantu pesakit hidup lebih sihat



Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).



Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.




Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.



Tanda dan gejala penyakit Talasemia
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawatan penyakit Talasemia 
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. 

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga. Selain dari ini, Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. 


Seseorang yang mempunyai talasemia mesti berpegang kepada diet tertentu. Makanan yang dianggap sihat bagi kebanyakan orang boleh menyebabkan komplikasi yang serius bagi pesakit talasemia. Talasemia adalah kumpulan gangguan darah genetik yang boleh menyebabkan masalah kehidupan kesihatan jangka. Itulah sebabnya ia adalah penting untuk mengetahui makanan yang pesakit talasemia boleh dan tidak boleh makan.


Tips dan Peringatan

  • Elakkan makanan yang mengandungi besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain. Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.
  • Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.
  • Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.
  • Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.
  • Talasemia juga dikenali sbg 'Cooley's Anemia'.

Buat pesakit Talasemia, setiap kali hendak mengambil supplement, berhati-hati terhadap kandungannya dan jika perlukan khidmat nasihat selanjutnya, boleh hubungi Syaz.

Syazila
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com
COD : JB, Kluang

Sunday, 22 December 2013

Rawat Penyakit Radang Sendi Arthritis dengan cara semulajadi

Penyakit Arthritis atau lebih dikenali radang sendi merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Kebarangkalian penghidap penyakit ini akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Penyakit ini lebih berisiko untuk menyerang wanita yang belum mengalami putus haid berbanding lelaki.


Arthritis terbahagi kepada 2 jenis iaitu  rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.


Rheumatoid arthritis (RA) ialah keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.


Osteoarthritis (OA) pula terjadi akibat kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel di antara satu sama lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan. Glukosamina ialah gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan (molekul karbohidrat yang melekat pada protein).

Punca penyakit rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

Gejala penyakit rheumatoid arthritis bermula dengan rasa letih, kaku, sakit, dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis akan menyebabkan rasa-rasa tersebut bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan serta sendi di tangan. Selain daripada siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki.


Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita. Walaupun ianya kerap menyerang individu di usia pertengahan, RA juga boleh menyerang warga emas, kanak-kanak-kanak dan belia.


Hubungi Syaz untuk maklumat lanjut.

Syazila,
Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID  : 928401)
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Friday, 20 December 2013

Panduan memilih kolagen yg baik

Hai semua.

Harini ini nak bantu anda semua dalam memilih collagen yang baik. Mesti ramai yang keliru sebab banyak pilihan jenama collagen di pasaran (lepas ni bolehla nilaikan collagen pilihan anda memenuhi panduan ini atau tak [sumber: Aula]

  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yang collagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan
  2. Pilih size collagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap collagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi kesan lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan collagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan collagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting untuk kekal cantik tetapi pastikan ia juga mengandungi glucosamine untuk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

Alhamdulillah.. kolagen pilihan hati saya cukup syarat panduan. Kenalkan Shaklee Collagen Powder


Price is What we Pay, Value is what we get.

Syazila,
Shaklee Independent Distributor,
0197773099
zikriwellness@gmail.com


Thursday, 19 December 2013

Collagen Powder Shaklee terbaik?

Assalamualaikum.

Hari ini post tentang Produk pula ye. Produk : Shaklee Collagen Powder. 

1 Kotak mengandungi 15 Sachet dan saya telah makan hampir 30 sachet :)


1. Kolagen Daripada Sisik Ikan Merah

Kolagen ni datangnya dari bnyk sumber, ada produk yang berasal dari tomato, blueberry, brokoli, rumpai laut dan lain-lain. Tetapi Kolagen Shaklee berasal dari sisik ikan merah. Kenapa?

Tahukah anda ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m (5km)? Makin dalam lautan tu makin tinggi tekanannya kan dan sebab tulah ikan biasa sukar untuk hidup dalam kedalaman tersebut. Berbeza dengan ikan merah, ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pound (9kg), bertelur dan hidup bebas dalam kedalaman tersebut. 

Sebab inilah ikan merah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak :
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah


2. Jisim Molekul Yang Sangat Rendah

Jika anda lihat dalam gambar diatas, bilangan asid amino dalam molekul biasa (300000 dalton) sangat besar dan sukar diserap oleh tubuh. Bukan tidak diserap langsung tetapi daripada 100% mungkin yang sampai kedalam sistem cuma beberapa %, secara mudahnya kurang dari 100%.

Berbeza dengan Collagen Powder, bilangan asid amino cuma 3 (1000 dalton) dan ini memudahkan penyerapan kedalam sistem badan. (Penyerapan Unggul) Jadi tiada yang terbazir dan kesan nya akan dapat dirasai lebih cepat!

Kolagen lain yang mempunyai jisim >300 000 dalton perlu melalui Stomach Digestion –> Intestinal Digestion –> Breakdown protein into amino acid..banyak kan prosesnye dan yang sampai ke lapisan dermis pun tidak 100%.

Shaklee Collagen Powder yg mempunyai jisim molekul 1000 dalton, sangat ringan dan mudah diserap ke lapisan dermis. HIGHEST ABSORPTION-WITHOUT DIGESTION

3. Lebih Daripada Hanya Kolagen


Lazimnya kalau kita beli kolagen, kolagen jelah kita dapat kan? Tapi berbeza dengan Shaklee ye..Shaklee Collagen Powder turut memberikan PENGHIDRATAN (MOIST), KEANJALAN (ELASTIN), DAN ANTIOKSIDAN.

Collagen Powder dilengkapi dengan asid hidraulik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. How cool is that? Kolagen ikan, kerang-kerangan dan bakteria Lactobacillus acidophilus pula memberikan kesan elastik yang menakjubkan. Ianya mengekalkan keanjalan kulit tegang, boleh melantun apabila dicubit.

Kehadiran bakteria baik ni turut membantu dalam penyerapan unggul!

Collagen Powder Shaklee diperbuat daripada 7 ramuan khas. Memang perfect! Berikut secara ringkas fungsi-fungsi setiap ramuan tersebut :
  • Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
  • Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  • Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen Powder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan.

* Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Syazila,
Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID : 928401)
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Wednesday, 18 December 2013

Set Penyusuan Yang Sesuai Diambil Oleh Ibu Yang Mempunyai Bayi Dengan G6PD Deficiency

Assalamualaikum dan salam sayang buat ibu-ibu yang menyusukan.

Alhamdulillah dikurniakan Ilham untuk menulis isu ini. G6PD ini kawan Syaz sendiri ada seorang anak yang dilahirkan mengalami G6PD. Secara asasnya, yang Syaz tahu G6PD dibawa oleh bayi lelaki.


Sesungguhnya, mendapat perkhabaran daripada doktor bahawa bayi anda mengalami G6PD  Deficiency mungkin mengundang sedikit kebimbangan dan kekeliruan. Apabila anda menghadapi situasi begini banyakkan mencari info tentang masalah/penyakit yang dihidapi bayi dan dapatkan bantuan daripada mereka yang arif terutamanya doktor.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah 
B-Complex, Vitamin C, Vita-lea dan Ostematrix 



Apa itu G6PD?
( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.

Fungsinya.
la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD :

  1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
  2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

  • Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang.

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.
Sila Pastikan
Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 

  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
  • Demam dan pucat.  

Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ?
Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunan atau berjangkit.

Senarai ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD.

Antimalaria. 
Chloroquine.
Hydroxychloroquine.
Primaquine.
Pamaquine.
Pentaquine.
Quinine.
Mapacrine.
Antirheumatik / Analgesik.
Phenacetin.
Aminopyrine.
Acetylsalicytic acid.
Antlpyrine.
Probenecid.
Acetalinid.

Antibakteria

Chlorophenicol
Cotnimoxazole
Furazolidine
Nalidixic acid
Nitrofurantoin
P. Aminosalicylic Acid
Sulphonamide
Sulphanilamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypyridazine
Sulphathizole
Sulphamerazine

Lain-lain

Choramine
Dapsone
Dimercaprol
Antisine
Napthalene (ubat Gegat)
Phenythydrazine
Benadryl
Tripelennamide
Procainamide
P. Aminobenzoic Acid
SS Cream
Fava beans
Vitamin K Analoques
Pyrimidone
Pyribeneamine
Mathylene blue

Tuesday, 17 December 2013

Testimoni Omega Penawar Batuk

Hari ini Syaz nak kongsikan pendapat Mereka yang telah mencuba sendiri Omega Guard.


Omega Guard Shaklee :

...melegakan batuk
...melegakan rasa nyilu pada sendi2 jari
...melegakan selesema dan batuk anak2
...menghilangkan selesema & gatal-gatal hidung waktu pagi akibat resdung
...kolesterol kembali normal

Selain itu pengambilan Omega Guard mempunyai manfaat yang sangat banyak, seperti rajah berikut:



Terlalu banyak produk omega di pasaran dan risiko kandungan merkuri yang tinggi bagi ikan di laut dalam. Bagaimana memilih fish oil terbaik?

Tips memilih fish oil terbaik

1. fish oil yang melalui double or tripple molecular distillation is more pure and surely more effective. Jadi setiap kali nak cari fish oil yang bagus, cari term mcm ‘molecular distilled’ ‘DHA;EPA ratio’.

2. Tahukah anda, fish oil bersifat ANTI-FREEZE? fish oil ni tersimpan dalam badan ikan untuk memastikan ikan tu tak beku apabila berada di dalam air yang sejuk. Inilah omega-3 fatty acid dan ia dalam bentuk poly unsaturated fat.

Saturated fats come mostly from animal meats. They are solid at room temperature. The white fat on the edges of a steak is a saturated fat.

Monounsaturated fats come from certain vegetables. Olive oil is an example of a monounsaturated fat. These are liquid at room temperature.

Polyunsaturated fats like fish oil stay liquid even at very cold temperatures. They are one reason that fish like Salmon can survive and thrive in cold regions like Alaska.-here

Ciri ni amat penting dalam fish oil kerana ianya dapat bertindak sebagai anti-radang..jadi sesuai untuk pesakit arthritis. 

Semoga kita tidak lagi bergantung kepada ubat batuk, pilih supplement semulajadi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut

Musim cuti sekolah, hujung tahun ramai yang dijangkiti selsema.

Syaz sendiri agak sensitif dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah, selepas mengamalkan 1 biji vitamin C tiap kali selepas bersarapan, susah dijangkiti selsema. Bagi Syaz yang bekerja di pejabat, agar sukar untuk mengambil ubat selsema pada waktu pejabat lebih-lebih lagi jika tidak demam.

Adik Syaz sendiri yang tinggal di asrama mengamalkan Vitamin C dan menurut beliau tiada lagi selsema dan bersin teruk di awal pagi.

Vitamin C, merupakan vitamin paling popular berbanding vitamin lain. Badan kita memerlulan banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana ia penting untuk tumbesaran dan memperbaiki sel.


Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan


Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkankatarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak danmeningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnyamengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapimeningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari


Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkanbarah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah.Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkanrambut yang kuat dan lebat.




24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Vitamin C Shaklee 



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C anda Sekarang! Ia boleh digunakan oleh seisi keluarga dan 1 botol adalah bersamaan dengan 180 Hidangan!

Jimat memang jimat.

Syazila,
Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID 928401)
0197773099
zikriwellness@gmail.com