Wednesday 30 October 2013

Pencernaan Tak Sempurna Antara Punca Ketiak, Kaki Berbau


Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, 
  1. Kelenjar Eccrine - Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

    Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
  2. Kelenjar Apocrine - Kelenjar Apocrine merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

    Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organic yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.


Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya di tukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluan penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang mempunyai masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak bezadengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara yang sempuna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjarpeluh tebal, peluhn pada kaki boleh bercampur dengan bacteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari kaki mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bacteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbukadan stoking dari bahan semulajadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, gunakan talcum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi. 

Sumber : DEMC

Singkir Toksin daripada badan anda dengan Minum Banyak Air dan Bersenam.

Shaklee juga menyediakan rangkaian produk untuk menyikirkan toksin di dalam badan anda!

I am Your Shaklee Independent Distributor!

0 comments:

Post a Comment