Monday, 1 December 2014

Pengambilan vitamin C yang mengandungi bioflavonoids membantu masalah gusi berdarah


Mengapakah gusi saya mula berdarah?


Gusi berdarah dan hidung berdarah adalah perkara biasa ketika hamil. Hormon yang mengalir dalam sistem untuk mengekalkan kehamilan turut memberi kesan kepada seluruh badan anda. Hormon kehamilan memberi kesan kepada tisu-tisu badan anda dan lapisan lembap pada mulut dan hidung. Jumlah darah yang mengalir dalam sistem juga bertambah. Apabila kedua-dua situasi ini berlaku, ia menyebabkan pendarahan daripada salur darah kecil (kapilari) pada mulut dan hidung anda.


Pengambilan vitamin C yang mengandungi bioflavonoids amat membantu. Ia boleh mengurangkan pendarahan gusi kerana vitamin tambahan membantu menguatkan dinding kapilari. Jumlah pengambilan vitamin C yang disarankan untuk wanita hamil adalah 50mg sehari. Namun, lebih baik jika anda dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin ataupun mineral tambahan. 

Plak (tahi gigi), lapisan air liur, bakteria dan makanan yang menyaluti gigi anda di antara waktu memberus gigi boleh menyebabkan pendarahan gusi bertambah teruk. Memberus gigi dengan kerap boleh mengurangkan pembentukan plak. Anda juga disarankan supaya menggunakan flos gigi atau memberus menggunakan berus gigi yang kecil (interdental) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah-celah gigi anda. 



Baik juga jika anda berjumpa doktor gigi bagi memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan gusi anda berdarah. Anda boleh mendapatkan rawatan gigi secara percuma atau dengan kos yang paling minimum daripada hospital kerajaan dan klinik-klinik pergigian. 


Sumber : http://www.babycenter.com.my/x542251/why-have-my-gums-started-to-bleed-now-that-im-pregnant

Disember 2014 Bulan Promosi Vitamin C Shaklee, boleh beli lebih sikit untuk kegunaan seisi keluarga.

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Sunday, 30 November 2014

Ketahui 24 Kebaikan Vitamin C untuk Tubuh Badan, Kulit dan Rambut

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.



5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.



13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



Kebaikan Vitamin C untuk Kulit


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


17. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


18. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.


19. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



20. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



21. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



22. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



23. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



24. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.



sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/


Vitamin C Shaklee 


Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini! Disember 2014 Bulan Promosi Vitamin C, boleh beli lebih sikit untuk kegunaan seisi keluarga.

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Saturday, 2 August 2014

Simpul Biawak

Alhamdulillah. Seminggu sudah Syawal kita.

Selamat Hari Raya :)

Pagi ini kembali memulakan tugas di pejabat. Sambil menikmati sarapan pagi satu soalan diajukan oleh rakan kepada saya, "Kau tak kena simpul biawak ke?". Saya senyum.

Alhamdulillah, selain makan kekacang dan pisang, Saya turut mengambil Ostematrix sebagai supplement harian. 

Simpul biawak ni rasa dia macam kejang otot. juga dikenali sebagai ‘muscle spasm/cramp’ dalam bahasa inggeris, 

Kekejangan otot adalah penguncupan otot secara tiba-tiba dan tidak terkawal satu kumpulan otot atau organ berongga seperti jantung dan pengecutan tiba-tiba orifis. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang amat secara tiba-tiba pada otot, tetapi biasanya tidak berbahaya dan akan reda selepas beberapa minit.

Antara punca-punca kekejangan otot ialah penyahhidratan, lebihan bebanan pada otot (‘muscle overload’), dan ketiadaan/kekurangan elektrolit. Pengecutan otot tidak terkawal juga mungkin boleh disebabkan oleh keadaan perubatan, termasuk ‘dystonia’. Rendah kandungan natrium, kalsium, dan/atau magnesium juga antara faktor penyumbang kepada kekejangan otot. Terdapat pelbagai sebab dan punca pengecutan otot yang tidak terkawal dan tidak sedar ini, ada yang mungkin lebih serius, bergantung kepada keadaan.

Kaedah mencegah Simpul Biawak berlaku :

1. mengenakan stokin sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki yang sejuk kerana kakisejuk mudah mengalami kekejangan.

2. menyapu minyak panas pada betis sebelum tidur untuk mengelakkan angin sejuk masuk.

3. melakukan regangan ringkas sebelum tidur bagi melancarkan perjalanan darah.

4. tidur mengiring seeloknya mengiring ke kiri kerana salur darah besar di sebelah kanan badan.

5. meninggikan kaki dengan mengalas kaki dengan bantal agar kaki lebih tinggi dari badan.

6. meminum air masak secukupnya supaya electrolite dalam badan mencukupi.

6. mengambil supplement kalsium tambahan untuk menambahkan kalsium dalam badan, ini saya tentunya memilih 4 Biji OSTEMATRIX setiap hari.

Bagi Merawat Simpul biawak (incase terjadi kepada anda) berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil :

1. buat regangan otot, mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapi kaki secara perlahan-lahan.

2. jalan perlahan-lahan sehingga anda boleh berjalan seperti biasa.

3. picit ibu jari kaki sehinggan rasa sakit berkurangan.

4. picit pergelangan kaki.

5. tekan tapak kaki dan picit-picitkan supaya cepat lega.

6. rendam kaki dalam air suam bercampur garam.

Saya harap perkongsian ini membawa manfaat kepada pembaca semua.

Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, Syaz mengandung ke? Yes! Saya hamil anak kedua :)

Lain kali saya cerita ye.


Sunday, 29 June 2014

Wanita Mengandung yang Tak Mampu Puasa, Perlu Qada' Tak?

Assalamualaikum

Info yang saya dapat dari FB page Kak Wardina Safiyyah berkenaan wanita mengandung yang tak mampu nak berpuasa di bulan Ramadhan.

biasanya atas 2 sebab:
1) diri sendiri tak larat (loya, pening or muntah)
2) risaukan keadaan baby dalam kandungan (baby akan dapat cukup nutrisi tak, kerana kita tahu baby mmg bergantung sepenuhnya dengan sumber makanan dan air dari ibu) 

berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui.  

Ni status beliau, saya ambil dari SINI.

Sebenarnya Islam agama yang tidak menyusahkan umatnya. Nabi sendiri selalu menyuruh memilih yang lebih mudah. TIDAK WAJIB bagi wanita mengandung, orang uzur, musafir, orang tua dan kanak-kanak untuk berpuasa. Ambil lah tanggungjawab menjaga amanah yang Allah beri (iaitu nyawa/kesihatan dalam kandungan kita-bayi kita) sebaiknya. Bukan fikir mengenai diri KITA iaitu "takut nak ganti" atau "saya larat" adakah bayi anda larat tanpa air dan makanan? Allah sudah beri kelonggaraan maka gunakanlah. Saya tidak berpuasa ketika saya hamil ataupun menyusu kerana risau anak saya. Saya bersimpati dengan mereka yang hamil atau menyusu sampai lembik sebab berpuasa. Islam tak suruh begitu. Bayi dalam perut perlukan nutrien secukupnya. Akhirnya kita buat keputusan yang terbaik bedasarkan ilmu, nasihat pakar dan badan kita sendiri. 


Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:

Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.

1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.

2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.

3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah

4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.

5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.

Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.

~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~

dan Kak Wardina juga sertakan info tambahan bagi kita sama2 nilaikan, tulisan dari Ustaz Salman Ali, saya highlightkan beberapa perkara..

1) Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur) - inilah yang saya tahu dan pegang selama ini

2) Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih) 

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut: 

1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain. 
2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan. 
3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan”  

so, harapnya info2 di atas ni membantu bagi yang memerlukan. secara jujurnya, tulisan Kak Wardina ini membuka mata saya, lagi2 berkenaan 'DIRI SENDIRI' atau kena consider'KEADAAN BAYI'...

meibi situasi di Msia tak ketara, tapi di sini, bila terkena Ramadhan sewaktu Summer, puasa sehingga hampir pukul 10 mlm (org kat Msia dah abis tarawih waktu ni huhu), saya sedar berapa sangatlah kuantiti makanan dan air yang boleh disalurkan seorang ibu kepada bayi yang dikandungnya (dalam baki tempoh 5 jam, itupon termasuk time tido)..

disebabkan dok pikir kena qada', banyak ibu ambil sikap 'saya mampu', bak kata Kak Wardina. yelah, selepas bersalin, menyusu pulak. belum lagi kena kerja kan. so seboleh2nya kita nak minimumkan qada' puasa kita huhuhu... 

apapon terpulang pada penilaian masing2.. jgn ambik kesempatan buta tuli atas kelonggaran yang Allah bagi, dah le.. Allah tahu niat di hati kita macamana kan..

Salam Ramadhan :) 

Kredit post to Catatan Dari Deutschland.

Sunday, 15 June 2014

Kebaikan Soya Untuk Ibu Hamil

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.


Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).

Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami ‘morning sickness’ dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.

Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.

Alhamdulillah dapat berkongsi dengan anda semua kebaikan Soya ini. Bagi Syaz, hampir setiap hari perlu minum baru badan rasa best dan selesa.

Shaklee menawarkan minuman Soya, yang lebih dikenali sebagai ESP. Boleh baca manfaat ESP untuk ibu hamil di sini.

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com




Sunday, 1 June 2014

Supplemen Vitamin E BOLEH sebabkan kanser

Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua.


Sesiapa yang pernah terbaca artikel ni mesti terus rasa cuak sebab selama ni dah berbotol-botol telan Vitamin E. Jangan risau. Jom kita semak label pada botol Vitamin E anda. Badan kita boleh menerima beberapa bentuk Vitamin E. Tetapi hanya satu bentuk Vitamin E sahaja yang benar-benar menepati keperluan tubuh badan kita iaitu alpha-tocopherol.

Alpha-tocopherol mempunyai lebih dari satu bentuk iaitu d-alpha-tocopherol dan dl-alpha-tocopherol. Nah.. sekarang anda boleh semak label pada botol anda. Yang mana satu? d-alpha ke dl-alpha? Jap lagi saya cerita apa beza kedua-duanya.

D-alpha tocopherol adalah bersumberkan semulajadi. Juga dikenali sebagai RRR-alpha-tocopherol.D-alpha tocopheral sangat mudah meresap ke dalzam tubuh badan kita.

Manakala dl-alpha tocopheral adalah jenis sintetik dan kurang menyerap ke dalam tubuh badan kita. Peringatan untuk anda semua bagi yang telah beli vitamin E jenis dl-alpha tocopheral diminta untuk tukar ke d-alpha tocopheral. Menurut kajian pada Oct 2011, Journal of the American Medical Assoction melaporkan bahawa pengunaan vitamin E jenis sintetik meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki sebanyak 17%.

**********

Berbalik pada artikel tu tajuknya boleh. bukan dia kata confirm kanser kalau makan vitamin E. Maksudnya kalau kita tak ikut guideline dalam memilih Vitamin E tidak mustahil ia boleh membawa mudarat kepada badan. Syaz bukan nak suruh pilih Shaklee sahaja ye, cuma Syaz nak ajak anda semua pastikan ikut garis panduan dibawah ( Ia hasil tulisan Dr Bruce miller). Ia tidak memihak mana-mana jenama.

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (boleh lihat pada label. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. Satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label
3.Pilih Vit E yang berserta selenium
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan
_______________________________________________________
Seperti Syaz dan Suami kami pilih jenama Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas.

Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]

Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com


Manfaat Vitamin E untuk lelaki. Betul ke Anda Boleh Jadi Man of Steel?



Selama ini ramai sangat yang sangka Vitamin E hanya untuk wanita. Silap!

Vitamin E ini sebenarnya banyak sangat manfaat untuk orang lelaki. Mesti suami diluar sana ingat vitamin E ini untuk cantik sahaja kan?

Sebenarnya, rahsia lelaki HEBAT dan sihat ada di sini. Mengapa? Jom Baca,

  1. Membantu menghasilkan sperma yang lebih berkualiti.
  2. Sperma lebih aktif dan pantas berenang. Peluang hamil lebih tinggi.
  3. Mencegah dan merendahkan risiko kanser kerana anti oksida semulajadi
  4. Memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan sperma.
  5. Meninggikan kuantiti sperma yang dihasilkan
  6. Membanyakkan air mani
  7. Vitamin E Shaklee dibuat dari sumber tumbuhan. 


Banyak lagi sebenarnya kelebihan Vitamin E. Syaz akan ceritakan pada post akan datang.

Buat para isteri yang merancang hendak menimang cahaya mata atau nak tambah anak lagi tetapi masih tidak berhasil hamil lagi, boleh cuba berikan Vitamin E pada suami masing-masing.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Penafian

Vitamin E Shaklee dengan ekstrak biji anggur dan selenium

Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah Jun hadir dengan Promosi Vitamin E oleh Shaklee. Memang tepat dengan timing 2 bulan lagi Syawal nak menjelma. Mesti adik akak abang semua nak kelihatan lebih luar biasa cantik di lebaran nanti kan.

Hari ini Syaz nak share Vitamin E Shaklee Improved formula.

Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur --> ini adalah jawapan kepada yang bertanya mengapawarna vitamin E ini gelap? Kebiasaannya kuning pekat.


Tentu ramai yg nak tahu mengapa Shaklee menambah ekstrak biji anggur pada vitamin E kan?
Jom baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur).
  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C . Dalam erti kata lain minyak biji anggur ini amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yang best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ini lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Wah! Best kan? Ada rasa macam nak telan sebotol vitamin E tak? No wonderlah poster di atas tu mention ayat >>The most powerful Vitamin E is  now available in Shaklee<<  bukan saya yang quote ye, cuba tengok poster di atas.

Sekarang anda dah tahu powernya vitamin E ni kan? Rugi siapa tak pilih. sudahla Vitamin E ni sebiji bersamaan 400iu, ianya semulajadi dan lengkap dgn selenium lagi. 

Tunggu apa lagi? Jom beritahu abang kakak adik, kawan kat office tu semua kebaikan vitamin E Shaklee. Boleh grab promosi BUY 6 FREE 1 (JUN 2014 Promo) ini sebelum orang lain lebih awal cantik daripada anda!

1 Botol Vitamin E Shaklee mengandungi 120 kapsul 

Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com


Tuesday, 20 May 2014

Supplement untuk Resdung?

Hari ini soalan yang diberikan kepada saya adalah, Supplement untuk mereka yang resdung.

Syaz tahu resdung bukan sahaja mengganggu hidung, tetapi turut memberi kesan kepada mata (gatal) dan kulit wajah (jerawat). Bagaimana Syaz tahu? Sebab Syaz juga salah seorang yang menghidap resdung yang teruk dan alhamdulillah, selepas mengamalkan 3 Supplement di bawah ini, derita resdung tiada lagi. Cuma sekarang fasa nak cantikkan kulit dan bebas jerawat serta parut sahaja.

3 Supplement ini jenis yang banyak dan tahan lama.

Alfalfa - 330 biji
B-complex - 120 biji
Vitamin C - 180 biji

Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com




Monday, 19 May 2014

Khasiat ESP (Protein) Shaklee untuk Ibu Hamil

Saya didatangi oleh sepupu suami yang isterinya Hamil anak pertama dan alhamdulillah isteri tiada alahan makanan. Pertanyaan beliau, apa khasiat ESP Shaklee ni? Harini Syaz nak share dengan pembaca khasiat ESP Shaklee bagi wanita hamil.


1 Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 

2 Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. 

3 Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

4 Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.  Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.  

5 ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk ia membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama

6  Ia juga membantu perkembangan fetus serta memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

7 Protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 

8 Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki 
trimester ke-3. 

9 Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Walaupun ramai pakar mengatakan yang soya sangat bagus untuk dapatkan kulit baby yang sihat, cantik & halus (bukan putih ya), tapi kita juga biasa dengar 'suara-suara sumbang' mengatakan perkara sebaliknya. Ada yang kata pengambilan soya semasa hamil boleh mengakibatkan kulit baby jadi terlalu sensitif (???!!) - well, saya tak salahkan anda.. Sebab saya pun terpengaruh dgn kata-kata sini itu sebelum saya mengenali ESP Shaklee ;)

Ya. Kenyataan itu mungkin benar bagi air soya biasa. Namun, tidak dengan ESP Shaklee. Ini kerana ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO yang diproses dengan kaedah berteknologi tinggi bagi memastikan khasiat soya itu sendiri terpelihara, dan lengkap dengan kesemua 9 asid amino yang diperlukan untuk fungsi badan. Air soya biasa mungkin tidak lengkap dengan 9 asid amino ini yang mana kesannya, khasiat protein soya itu tidak dapat memberi manfaat sepatutnya kepada badan.

Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus macam newborn... Tak tau la kalau dah lasak nanti akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit dan beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..."
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih dan takde ruam2 walaupun badan dia semangat. sya consume masa preggy sampi la hari ni. sekarang baby sya dah 4 bln."
~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit baby saya cantik dan tiada masalah sangat.saya start ambil esp mase kndungan 5 bulan sampai sekarang baby nak masuk 4 bulan....kulit mamanye pun lembut...papa yang tegur..tak tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 

Siapa yang tidak teruja membaca pengakuan ikhlas ibu-ibu ini kan. Jika berminat mencuba ESP mahupun sebarang suplemen Shaklee, boleh dapatkan daripada saya, Pengedar Shaklee pilihan anda.

Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com

Tuesday, 21 January 2014

Herbal Blend Shaklee tanpa PARABEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah kembali menulis selepas kesihatan kembali pulih.

Hari ini Syaz nak SHARE info tentang Shaklee Herbal Blend.



Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?


1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Inilah tujuan asal saya membeli Herbal Blend. Jika orang dewasa yang kena gigitan serangga seperti nyamuk, mungkin masih boleh "stay calm" tetapi ia berbeza dengan kanak-kanak. Jadi Syaz beli herbal Blend ni untuk Keisha dan kami sekeluarga. Kadang tu, kalau outing kena gigit nyamuk, kadang kena gigit semut, bekas bintat tu akan beri sensasi rasa gatal pada kulit mereka. Baik sapu Herbal Blend ni. Ia tak panas dan bau nya sangat Wangi.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering sememangnya masalah Syaz sebab Syaz bekerja didalam suasa berhawa dingin. Tidur pon jika Keisha minta aircond, terpaksa juga ikut sama tidur dalam bilik sejuk. Berbanding Losyen dipasaran yang terlalu wangi, baik sapu herbal blend, memang puas hati. Lembut je tumit tu. :) Jom tengok Testimoni bergambar dari pengguna yang berpuas hati dengan kesan penggunaan Herbal Blend Shaklee.


3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang biasa bagi Ibu Menyusukan anak, apabila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat. Jadi, selepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi tidak perlu risau. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat. Kan Syaz dah maklumkan tiada PARABEN. Jom lihat senarai NO di Shaklee.



5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau demam campak, cuba sapukan herbal blend. In sha Allah parut akan pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan in sha Allah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu.

Alhamdulillah Ruam pada bahagian dada bayi Amni hilang selepas beberapa kali kegunaan Herbal Blend.


7. Sebagai Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chesnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Oleh sebab itu tentulah ia selamat secara semulajadi untuk semua peringkat umur kerana tiada kandungan bahan kimia berbahaya.

Jom dapatkan satu Herbal Blend Shaklee untuk rumah anda!



Love,
Syazila.
Pengedar Shaklee Pilihan anda!
Shaklee ID 928401
0197773099
zikriwellness@gmail.com